Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiga polis dipercayai minta rasuah daripada pemandu lori ditahan SPRM

Mar 28, 2024 | 2:20 PM
Tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800  ($2,220) daripada pemandu lori sawit di Mersing, Johor.
Tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800  ($2,220) daripada pemandu lori sawit di Mersing, Johor. - Foto hiasan HARIAN METRO

JOHOR BAHRU: Tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mersing, Johor, selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah, pada 27 Mac.

Sumber SPRM berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 36 hingga 42 tahun ditahan di Pejabat SPRM Negeri Johor kira-kira 7 malam 27 Mac.

Difahamkan, semua suspek meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM7,800 ($2,220) daripada pemandu lori kelapa sawit dan baja di sekitar Mersing pada November 2023.

Ia sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

“Semua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 28 Mac untuk perintah tahanan reman,” katanya lapor Harian Metro sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Dalam satu kes berasingan di Alor Star, Kedah, seorang pengarah agensi penguat kuasa negeri direman sehari bagi membantu SPRM dalam siasatan kes rasuah membabitkan kerja penyelenggaraan kapal di bawah seliaannya.

Menurut sumber, suspek disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi melakukan kerja penyelenggaraan kapal bernilai RM1.18 juta membabitkan sebuah syarikat.

Katanya, suspek ditahan di Pejabat SPRM Kedah ketika hadir memberi keterangan kira-kira 5 petang 26 Mac.

Pengarah SPRM Kedah, Encik Ahmad Nizam Ismail, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas suspek dan memaklumkan siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg