Topic followed successfully
Go to BHkuStesen minyak di Selangor disiasat selepas kereta berdaftar S’pura isi petrol bersubsidi
Stesen minyak di Selangor disiasat selepas kereta berdaftar S’pura isi petrol bersubsidi
Tindakan tegas diambil susulan rakaman CCTV dedah pemandu kenderaan asing guna kad kredit, beli petrol RON65
Apr 28, 2026 | 3:12 PM
Stesen minyak di Selangor disiasat selepas kereta berdaftar S’pura isi petrol bersubsidi
Aduan diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengenai kenderaan bernombor pendaftaran asing yang dikesan mengisi petrol RON95 bersubsidi dan menggunakan kad kredit di sebuah stesen minyak di Selangor. - Foto FACEBOOK KPDN SELANGOR
Sebuah stesen minyak di Selangor telah disiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas sebuah kereta berpendaftaran Singapura didapati mengisi minyak petrol RON95 yang diberi subsidi oleh kerajaan Malaysia.
KPDN Selangor, dalam perkongsian di Facebook, berkata pihaknya menerima aduan melalui portal E-Aduan pada 26 April, berhubung sebuah kenderaan bernombor pendaftaran asing disyaki membuat pengisian petrol RON95 di sebuah stesen minyak.
Laporan berkaitan
M’sia kritikal tanggung beban subsidi bahan api Apr 20, 2026 | 3:14 PM
Petronas: Bekalan bahan api Malaysia terjamin hingga JunApr 15, 2026 | 7:43 PM
M’sia tempatkan polis di 151 stesen minyak berisiko tinggi bendung ketirisan bahan apiApr 14, 2026 | 2:35 PM
Pemandu kereta S’pura individu pertama ditahan di Johor di bawah peraturan baru RON95Apr 11, 2026 | 7:15 PM

