Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Stoking kalimah Allah: Majlis agama Johor serbu 80 premis perniagaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Stoking kalimah Allah: Majlis agama Johor serbu 80 premis perniagaan

Mar 22, 2024 | 11:10 AM



JOHOR BAHRU: Sebanyak 80 premis perniagaan termasuk rangkaian kedai serbaneka yang dikaitkan dengan penjualan stoking tertera kalimah Allah, diserbu Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pada 20 Mac.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Encik Mohd Fared Mohd Khalid, berkata operasi bersepadu besar-besaran itu membabitkan kesemua 10 daerah di negeri itu dan diadakan secara serentak.

Katanya, operasi bersepadu itu turut membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Pejabat Kadi Daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut menumpukan rangkaian kedai yang menjual pakaian dan alat tulis.

“Operasi bersepadu ini adalah langkah agresif dan segera yang diambil JAINJ sebagaimana titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, berkenaan kalimah Allah yang perlu sentiasa dimuliakan.

“Oleh itu, operasi pemeriksaan dilakukan serentak di 10 daerah di Johor yang menyasarkan premis yang terkait dengan insiden stoking tertera kalimah Allah dan juga premis serbaneka lain yang menjual pakaian dan alat tulis,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas operasi pemeriksaan bersepadu Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) terhadap KK Mart.

Pada 13 Mac lalu tular di media sosial stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna, menyebabkan kemarahan umat Islam negara ini.

Mengulas lanjut, Encik Mohd Fared berkata operasi pemantauan itu akan terus dilaksanakan sehingga isu berkenaan reda selain ia diselesaikan pihak berkuasa sepenuhnya.

Katanya, operasi yang dijalankan itu menunjukkan JAINJ serius membanteras sebarang kecenderungan dan usaha mempersendakan agama Islam.

“Ini juga saya sifatkan amaran paling besar kepada mana-mana pihak termasuk pengeluar produk sama ada individu atau syarikat penerbitan supaya jangan lagi sesekali berani mencabar kemuliaan agama Islam.

“Peniaga bukan Islam jangan bimbang, sekiranya anda tidak melakukan sebarang kesalahan, berniaga seperti biasa dan patuhi semua syarat yang ditetapkan,” katanya.

Encik Mohd Fared berkata JAINJ juga akan melaksanakan lebih banyak program kesedaran dan taklimat berhubung sensitiviti agama yang perlu dijaga selepas ini.

“Kami bukan sahaja laksanakan penguatkuasaan tetapi juga akan mengadakan lebih program kesedaran termasuk bengkel dengan memanggil semua pemain industri.

“Begitu juga pihak pengilang dan pengusaha akan dipanggil supaya mereka diberikan taklimat bagaimanakah seharusnya sensitiviti agama Islam yang perlu dijaga,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >