Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sultan Johor mahu HSR dihidupkan semula

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Sultan Johor mahu HSR dihidupkan semula

Dec 10, 2023 | 02:03 PM



JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mahu projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dengan Singapura (KL-Singapura) yang dibatalkan, dihidupkan semula.

Dalam temu bual eksklusif dengan The Straits Times pada 23 November Sultan Ibrahim berkata, beliau mempunyai beberapa idea cara mengembalikan projek itu.


“Saya akan berusaha menghidupkannya semula (projek HSR).

“Projek itu (HSR) boleh dibiayai melalui inisiatif kewangan swasta, kerajaan membayar kontraktor untuk mengendalikan projek menerusi kaedah pajakan 30 tahun supaya kontraktor boleh mendapatkan balik modal dikeluarkan, sebelum kerajaan mengambil alih semula pemilikan HSR.

“Projek HSR antara Kuala Lumpur dengan Singapura juga perlu diselaraskan supaya lintasan sempadan melalui Forest City, pembangunan hartanah bermasalah di Johor.

“Jika kekal dengan cadangan pertama, kosnya tidak akan meningkat begitu banyak. Namun kerana on-off-on-off, hari ini ia (kos) akan lebih banyak,” titah baginda yang merujuk kepada anggaran kos awal RM72 bilion ($20.7 bilion) HSR apabila projek itu mula diumumkan pada 2013.


Bagaimanapun, projek keretapi laju sepanjang 350 kilometer itu dbatalkan pada 2020, selepas Malaysia meminta ia ditangguhkan pada 2018, kerana anggaran kos oleh kerajaannya adalah sekitar RM110 bilion.

Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Encik Chee Hong Tat telah berkata pada Ogos lalu bahawa negara ini “sedia berbincang sebarang saranana baru... dengan hasrat baik, bermula dari awal” tapi ia belum menerima sebarang rancangan sedemikian.

Berita Harian Malaysia (BHM) melaporkan bahawa pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia terbuka untuk menghidupkan semula HSR, tetapi tidak akan membiayai pembinaan projek itu.

Pada 12 Julai lalu, pelaksanaan semula projek HSR antara Kuala Lumpur dengan Singapura dilaporkan akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta, MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp).

Pengerusi MyHSR Corp, Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman, dilaporkan berkata mandat yang diserahkan kerajaan kepada MyHSR bagi melaksanakan semula projek HSR KL-Singapura itu tidak membabitkan kos daripada kerajaan.

Ini bermakna, projek yang tertunda itu akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta tanpa menggunakan dana dan jaminan daripada kerajaan.

Pada Ogos lalu pula, Datuk Seri Anwar berkata Malaysia akan mengemukakan cadangan baru berhubung projek HSR kepada Singapura.

Pada 2 November lalu, Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke pula berkata, kerajaan sedang meneliti model pelaksanaan baru bagi projek HSR yang dicadangkan.

Encik Loke berkata, ini termasuk model pembiayaan baru untuk menentukan sama ada mana-mana pihak swasta berminat untuk menampung kos projek, pengurusan sistem dan operasi HSR. – BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >