Sultan Pahang: Kuasa pengampunan bukan hadiah politik, simpati peribadi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sultan Pahang: Kuasa pengampunan bukan hadiah politik, simpati peribadi

Feb 3, 2026 | 2:29 PM

Sultan Pahang: Kuasa pengampunan bukan hadiah politik, simpati peribadi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Sultan, Pahang, hadiah, pengampunan
Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ahmad Shah. - Foto FACEBOOK KESULTANAN PAHANG

Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ahmad Shah, menegaskan bahawa kuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan tidak wajar ditafsir sebagai hadiah politik atau simpati peribadi, sebaliknya merupakan mekanisme perlembagaan yang sah dalam sistem keadilan Malaysia.

Sultan Abdullah berkata kuasa pengampunan perlu dilihat dengan emosi dan jiwa yang tenang, tanpa sentimen berlebihan, kerana ia berfungsi sebagai imbangan terakhir dalam sistem keadilan yang bersifat menghukum, tanpa menafikan prinsip kedaulatan undang-undang.

Menurut Sultan Abdullah, sebarang pengurangan hukuman tidak memadamkan sabitan mahkamah, tidak menghapuskan rekod kesalahan dan tidak membatalkan asas kedaulatan undang-undang yang menjadi tunjang pentadbiran negara.

“Pengampunan dan pengurangan hukuman ini juga bukan eksklusif kepada satu nama, satu parti atau satu kedudukan.

“Setiap tahun, ratusan banduan daripada pelbagai latar belakang, termasuk kes jenayah berat dan ringan, menerima pengurangan atau pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu,” kata Sultan Abdullah dalam satu kenyataan di Facebook Kesultanan Pahang.

Sultan Abdullah berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Kali Ke-120 di Kuantan, Pahang, pada 2 Februari.

Sultan Abdullah turut menegaskan bahawa keputusan berkaitan pengampunan tidak dibuat secara unilateral, sebaliknya diputuskan menerusi mesyuarat Lembaga Pengampunan yang dianggotai wakil institusi utama negara atau negeri, sekali gus mencerminkan proses semak dan imbang yang berlapis.

Dalam tradisi Raja Berperlembagaan, katanya raja bukan alat sentimen awam dan tidak tunduk kepada tekanan politik, sebaliknya berperanan sebagai payung keadilan bagi menenangkan keadaan ketika emosi memuncak.

“Kuasa pengampunan tidak harus ditafsir sebagai kelemahan sistem, sebaliknya sebagai peringatan bahawa negara ini tidak ditadbir berdasarkan emosi media sosial, tidak menghakimi melalui pentas politik dan tidak menggantikan perlembagaan dengan kemarahan awam,” katanya.

Sultan Abdullah melahirkan keyakinan bahawa Malaysia akan terus kekal sebagai negara yang berprinsip dan tegas, serta mendoakan agar negara ini dan negeri Pahang khususnya sentiasa berada dalam rahmat Allah.

Ketika Sultan Abdullah menjadi Agong ke-16, mesyuarat Lembaga Pengampunan yang dipengerusikannya pernah memberikan pengurangan hukuman kepada bekas Perdana Menteri yang dipenjarakan, Encik Najib Tun Razak, pada Januari 2024.

Menerusi pengampunan diraja itu, hukuman penjara Encik Najib dikurangkan daripada 12 tahun ke enam tahun dan membolehkannya dibebaskan pada 23 Ogos 2029. Jumlah denda yang perlu dibayar juga dikurangkan daripada RM210 juta ($67 juta) kepada RM50 juta.

Encik Najib yang juga bekas Presiden Umno sebelum itu didapati bersalah atas tuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg