Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sultan Selangor dukacita kenyataan Hadi Awang terhadap Raja-Raja Melayu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Sultan Selangor dukacita kenyataan Hadi Awang terhadap Raja-Raja Melayu

Mar 01, 2024 | 01:11 PM



SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, melahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, ahli parlimen (AP) dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Kenyataan yang dikeluarkan Tan Sri Abdul Hadi itu bertajuk ‘Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan’ pada 20 Februari lalu di portal berita pas.org.my.


Menurut Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Muhamad Munir Bani, Sultan Selangor melahirkan dukacita itu menerusi satu surat yang diutuskan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri, bertarikh 27 Februari.

“Antara intipati surat berkenaan, beliau menyifatkan Abdul Hadi yang membuat kenyataan terbuka di media sosial itu tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan Sultan semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada 15 Februari.

“Khususnya berkaitan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin yang mencabar keabsahan 16 peruntukan kesalahan jenayah dalam Enakmen Alamin Jenayah Syariah Kelantan 2019.

“Kenyataan sinis Abdul Hadi itu secara tidak langsung mengaitkan titah ucapan beliau dengan sikap Raja-Raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata adalah satu kenyataan yang amat tidak bersesuaian serta tidak beradab dari sudut budaya orang Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu.

“Kenyataan Abdul Hadi mengkritik hakim yang dikatakan gagal mentakrifkan Perlembagaan Persekutuan mengikut prinsip Islam sebenar dan kononnya dicipta dan digubal oleh penjajah mengikut acuan mereka dengan tujuan menghancurkan agama, bangsa, bahasa dan tanah air,” menurut surat berkenaan, lapor Berita Harian Malaysia.


Surat lima halaman itu juga menyebut, kenyataan Tan Sri Abdul Hadi bukan sahaja mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di Malaysia.

‘Sekiranya Abdul Hadi lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan dengan meneliti dan memperhalusi titah ucapan beliau, Abdul Hadi akan dapat memahami maksud sebenar beliau.

“Abdul Hadi seorang Ahli Parlimen veteran yang beberapa kali mengangkat sumpah setia jawatan dengan penekanan kepada sumpah untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi kenapa sekarang beliau mempertikaikan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara sedangkan agama Islam ditetapkan sebagai agama Persekutuan sejak Perlembagaan digubal pada tahun 1957 lagi.

“Adakah Abdul Hadi tidak lagi menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara? Tidakkah ini juga menggambarkan Abdul Hadi sengaja mencetuskan polemik politik demi meraih sokongan rakyat khususnya umat Islam yang berbangsa Melayu,” demikian menurut surat itu.

Justeru, Sultan Sharafuddin menasihatkan agar Tan Sri Abdul Hadi supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan agar tidak mengulangi perbuatan menghina Raja-Raja Melayu melalui kenyataan beliau yang boleh memecah-belahkan umat Islam di negara itu.

“Beliau juga menitahkan agar ahli politik dan pemimpin politik tidak memperalatkan agama Islam dan mencemari kesucian agama Islam demi kepentingan politik kepartian masing-masing,” menurut surat berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >