Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sunting foto unsur lucah pelajar, 2 remaja ditahan

Apr 17, 2025 | 12:00 PM
Foto hiasan
Foto hiasan - Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Dua remaja lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes menyebarkan foto suntingan berunsur lucah membabitkan pelajar dan bekas pelajar sebuah sekolah persendirian di Kulai.

Kebenaran perintah reman bermula pada 16 April diberikan Majistret Nabilah Nizam selepas dipohon pegawai penyiasat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri.

Seorang daripada mereka berusia 16 tahun direman lima hari sehingga Ahad, manakala tempoh reman enam hari diberikan kepada seorang lagi berusia yang 19 tahun, lapor Berita Harian Malaysia.

Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) merujuk kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, terutama berkaitan dengan penyebaran kandungan jelik, lucah, palsu, mengugut atau mengganggu melalui internet atau media elektronik.

Minggu lalu, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, mengesahkan penahanan seorang remaja yang masih bersekolah itu di sekitar Kulai kira-kira 5 petang, 8 April lalu.

Penahanan dibuat susulan laporan diterima daripada seorang remaja perempuan berusia 18 tahun mendakwa terdapat foto lucah disunting menggunakan wajahnya tular di media sosial.

Mangsa mendapati foto lucah itu turut cuba dijual dalam talian dan siasatan awal mendapati suspek memperoleh gambar mangsa daripada akaun media sosial sebelum menyuntingnya menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI).

Setiap keping foto dipercayai dijual pada harga RM2 ($0.60).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg