Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penjara, rotan kerana miliki lebih 3,000 bahan lucah kanak-kanak

Feb 26, 2025 | 6:29 PM
Pada 25 Februari, Jong Chen Shiung, 34 tahun, seorang warga Malaysia, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan sembilan kali sebatan.
Pada 25 Februari, Jong Chen Shiung, 34 tahun, seorang warga Malaysia, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan sembilan kali sebatan. - Foto PIXABAY

Seorang pengendali pengangkutan barangan, yang juga pentadbir kumpulan sembang yang berkongsi bahan pornografi kanak-kanak, ditangkap kerana memiliki lebih 2,600 video dan 1,100 gambar bahan lucah sedemikian.

Jong Chen Shiung, 34 tahun, juga mengongsi pelbagai video lucah kanak-kanak dalam sebuah kumpulan sembang, termasuk video yang menunjukkan seorang kanak-kanak kecil menangis.

Pada 25 Februari, lelaki warga Malaysia itu dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan rotan sembilan kali.

Dia mengaku bersalah bagi dua pertuduhan mengedar video pornografi kanak-kanak, satu pertuduhan bersubahat mengedarkan bahan itu, dan satu pertuduhan memiliki bahan tersebut.

Jong memberitahu penyiasat dia mencari, menyimpan dan menonton bahan penderaan kanak-kanak dan pornografi dewasa sejak 2016, lapor The Straits Times (ST).

Dia pertama kali mendaftarkan akaun Telegram melalui telefon bimbit selepas menerima pautan jemputan melalui WhatsApp, dengan niat menyertai kumpulan sembang yang berkongsi bahan pornografi.

Dia kemudian mendaftar akaun Viber bagi tujuan sama dan secara keseluruhan menyertai sekitar 20 hingga 30 kumpulan sembang sebegitu.

“Tertuduh juga dijemput menjadi pentadbir kumpulan sembang yang berkongsi CAM (bahan penderaan kanak-kanak) dan bahan pornografi dewasa.

“Dia menerima jemputan itu, dan selepas menjadi pentadbir, mengawal perkongsian bahan dengan mengehadkannya kepada CAM,” kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Santhra Aiyyasamy kepada mahkamah. 

Jong juga mencipta lima hingga enam kumpulan sembang dengan tujuan utama berkongsi bahan lucah berkaitan kanak-kanak lelaki dan remaja berusia antara lima dengan 18 tahun.

Pada 13 Oktober 2021, pegawai polis ke tempat kerja Jong di Tuas, dan mendapati dia mempunyai dua telefon bimbit mengandungi bahan pornografi kanak-kanak.

Pegawai polis turut menyerbu rumahnya pada hari itu dan menemui lebih banyak peranti mempunyai bahan tersebut.

Jong ditangkap pada hari itu dan didakwa pada November 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg