Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suspek kes culik budak di JB ditangkap semula, bahan lucah ditemui di rumah

Aug 4, 2024 | 7:57 PM
Ketua polis Johor, Pesuruhjaya M. Kumar, berkata suspek ditangkap pada 4 Ogos selepas beberapa mainan seks dan bahan lucah kanak-kanak ditemui di rumah suspek di Kulai, Johor.
Ketua polis Johor, Pesuruhjaya M. Kumar, berkata suspek ditangkap pada 4 Ogos selepas beberapa mainan seks dan bahan lucah kanak-kanak ditemui di rumah suspek di Kulai, Johor. - Foto AGENSI BERITA

JOHOR BAHRU: Polis Malaysia telah menangkap semula seorang lelaki berusia 31 tahun yang sebelum ini ditahan berhubung penculikan seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, di Johor.

Ketua polis Johor, Pesuruhjaya M. Kumar, berkata suspek ditangkap pada 4 Ogos selepas beberapa mainan seks dan bahan lucah kanak-kanak ditemui di rumah suspek di Kulai, Johor.

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau mengingatkan orang ramai, terutamanya ibu bapa, untuk terus memantau kegiatan, perkembangan emosi dan kesejahteraan fizikal anak mereka untuk mengenal pasti sebarang tanda penganiayaan seksual awal untuk membawa pelaku ke muka pengadilan.

“Masyarakat juga perlu peka tentang trend jenayah semasa dan mendidik anak mereka tentang bahayanya, terutamanya di media sosial,” ujarnya.

Perintah reman awal terhadap suspek bagi siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik, antara lain, tamat pada 4 Ogos.

Albertine hilang dalam acara Bon Odori di pusat beli-belah di Iskandar Puteri pada 8.30 malam pada 20 Julai.

Kanak-kanak itu kemudian dan diselamatkan dari sebuah hotel bajet di Batang Kali, Selangor pada 4.45 petang pada 23 Julai. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg