Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syabu RM9j dalam kereta ditinggalkan di tepi jalan di Kelantan

Sep 11, 2025 | 2:42 PM
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 279.04 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai hampir RM9 juta di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang, pada 19 Ogos lalu.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 279.04 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai hampir RM9 juta di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang, pada 19 Ogos lalu. - Foto HARIAN METRO

KOTA BHARU (Kelantan): Tanda tanya sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang di sini, pada 19 Ogos lalu terjawab dengan penemuan 279.04 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai hampir RM9 juta ($2.74 juta).

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam sebelum membuat serbuan ke atas kenderaan itu sekitar 12.30 tengah hari.

Katanya, kenderaan terbabit ditinggalkan berkunci dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat lapan guni berisi 258 peket berisi mengandungi dadah berkenaan di bahagian belakang penumpang dan but.

“Selain itu, lokasi kenderaan itu ditemui berjarak dua kilometer dari kawasan pangkalan haram Sungai Golok dan kesemua dadah berkenaan disyaki dibawa seludup dari Thailand.

“Anggota merampas kereta dan kesemua bahan terlarang berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut di bawah bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hukuman sebat tidak kurang daripada 15 sebatan,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat Penguatkuasaan JKDM Kota Bharu pada 11 September, lapor Harian Metro.

Wan Jamal berkata penyeludup menggunakan modus operandi dengan menggunakan kenderaan persendirian bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Dalam perkembangan sama, JKDM Kelantan merampas pelbagai jenis barangan seludup bernilai lebih RM50.2 juta membabitkan 958 kes sepanjang Januari sehingga Ogos sepanjang 2025.

“Nilai membabitkan rampasan pelbagai jenis dadah dengan jumlah tertinggi iaitu, lebih RM21.3 juta, diikuti, rokok bernilai lebih RM2.19 juta dan ayam sejuk beku RM2.11 juta.

“Orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya dadah, rokok, minuman keras, mercun, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti berkenaan.

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah ia turut menjadi ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg