Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Syed Saddiq didapati bersalah tuduhan pecah amanah, salah guna harta, ubah wang haram

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Syed Saddiq didapati bersalah tuduhan pecah amanah, salah guna harta, ubah wang haram

Nov 09, 2023 | 11:34 AM



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi hari ini terhadap tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU.


Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar dan bekas Ketua ARMADA bersalah terhadap semua empat tuduhan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

“Selepas mendengar keterangan 29 saksi pendakwaan , dan keterangan tertuduh sendiri, mahkamah memberikan pertimbangan di tahap maksimum sebagaimana dikehendaki undang-undang.

“Mahkamah memutuskan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pendakwaan berjaya melepasi keraguan musabaqah.

Oleh itu, tertuduh didapati bersalah atas semua tuduhan,” katanya.

Syed Saddiq, 30 tahun, yang memakai sut hitam dan berada dalam kandang tertuduh, kelihatan tenang ketika hakim memberikan keputusannya.


Bagi tuduhan pertama, dia dituduh bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari ARMADA, Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana sayap parti itu berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana terbabit di CIMB Bank Berhad di Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Tuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia yang kini Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik ARMADA Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang berkenaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini, antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq turut didakwa dengan dua tuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing berjumlah RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018, mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, dan berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Mahkamah pada peringkat ini sedang mendengar hujahan bagi meringankan hukuman yang dibuat oleh peguam belanya, Gobind Singh Deo. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >