Taman tema Genting Highlands dilapor terbakar
Jun 14, 2024 | 8:07 PM
Foto dan video yang dikongsi di media sosial menunjukkan kepulan asap hitam dan api membakar salah satu bahagian bangunan tersebut. - Foto JBPM
BENTONG, Malaysia: Kebakaran dilaporkan berlaku di taman bertema Genting Skyworlds, Genting Highlands sekitar 4.55 petang pada 14 Jun.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, kejadian dipercayai melibatkan sebuah bangunan empat tingkat di taman peranginan berkenaan.
Foto dan video yang dikongsi di media sosial menunjukkan kepulan asap hitam dan api membakar salah satu bahagian bangunan tersebut.
“Pasukan daripada balai bomba Bentong dan Selangor telah dikerah ke tapak kejadian,” kata seorang jurucakap. - The Star.
Laporan berkaitan
Jiran bantu padam kebakaran di Amani Catering CentreJun 13, 2024 | 5:28 PM
18 penduduk dipindah ekoran kebakaran di kedai kopi AMK Jun 11, 2024 | 6:45 PM

