Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jiran bantu padam kebakaran di Amani Catering Centre

Jun 13, 2024 | 5:28 PM
Kebakaran berlaku di hadapan kedai Amani Catering Centre pada 12 Jun
Kebakaran berlaku di hadapan kedai Amani Catering Centre pada 12 Jun - Foto Facebook @KINO AMANI

Satu kebakaran telah berlaku di luar dapur pusat sebuah syarikat katering yang terletak di 60, Jalan Malu-Malu.

Menurut catatan Facebook pemilik Amani Services dan Amani Weddings, Encik Mohamed Nor Ismail 54 tahun pada 12 Jun, kejadian itu berlaku pada 10 pagi semasa beliau berada di rumah.

Namun seorang jiran di pusat dapurnya itu yang kebetulan berada di tapak kejadian, dapat menghapuskan api tersebut.

Encik Mohamed Nor, berkata mujur jirannya yang masih berada di situ pada waktu kejadian sekitar 10 pagi, menghubunginya dan telah bantu memadamkan api sebelum ia merebak dan memusnahkan barang-barang di dalam kedainya. Anggaran kerugian setakat ini berjumlah sekitar $3,000 hingga $5,000.

“Mujur jiran cepat bertindak, dan kebakaran itu terkawal. Kalau dalam kedai yang terbakar, tentu saya menangis. Dalam kedai ada beberapa oven jenis kombi, dan kesemua barangan di dalam kedai bernilai lebih $100,000…”

Amani Catering Centre merupakan dapur pusat yang menyediakan masakan kepada syarikat katering di bawah jenama Amani Services. Amani Weddings merupakan syarikatnya yang menguruskan majlis perkahwinan sejak 20 tahun lalu.

“Saya pun tak pasti punca kejadian. Mungkin dari puntung rokok yang dibuang. Entahlah.…” kata Encik Nor yang lebih selesa dengan panggilan Kino Amani dalam kalangan mereka yang mengenalinya.

“Yang terbakar tidak banyak – bekas air yang besar, kotak-kotak makanan untuk katering dan kotak. Saya anggap ia sebagai ujian,” kata Encik Nor yang mengurus Amani Services dan Amani Wedding Pte Ltd.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Encik Nor berkata beliau sedang sibuk menghadiri mesyuarat atas urusan perniagaannya.

Encik Nor berkongsi beliau dalam perbincangan untuk mengembangkan bisnes ke acara dan pameran yang akan melibatkan perniagaan di dalam dan luar negara.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu Berita Harian (BH) mereka telah mendapat panggilan sekitar 11 pagi tentang kebakaran tersebut dan mengesahkan kebakaran melibatkan barang-barang yang ditempatkan di luar dapur pusat itu. Orang awam telah berjaya memadamkan api dengan alat pemadam api.

Menurut SCDF, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg