Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

18 penduduk dipindah ekoran kebakaran di kedai kopi AMK

Jun 11, 2024 | 6:45 PM
Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada masakan yang tidak diawasi di salah sebuah gerai di kedai kopi GHK 407 Food House di Blok 407, Ang Mo Kio Avenue 10, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada masakan yang tidak diawasi di salah sebuah gerai di kedai kopi GHK 407 Food House di Blok 407, Ang Mo Kio Avenue 10, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). - Foto Facebook SCDF

Seramai 18 penduduk telah dipindahkan oleh polis pada awal pagi 11 Jun apabila kebakaran berlaku di sebuah kedai kopi di Ang Mo Kio.

Tiada orang dilaporkan cedera dalam kebakaran yang berlaku di GHK 407 Food House di Blok 407 Ang Mo Kio Avenue 10.

Penduduk yang tinggal di tingkat dua telah dipindahkan.

Kebakaran itu besar kemungkinan berpunca daripada masakan yang tidak diawasi di salah sebuah gerai di kedai kopi itu, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di laman Facebook pada 11 Jun.

Pada kira-kira 2.40 pagi, SCDF telah dimaklumkan tentang kebakaran berkenaan, yang kemudian dipadamkan dengan empat jet air.

Kebanyakan gerai mengalami kerosakan.

Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, yang juga seorang Anggota Parlimen bagi GRC Ang Mo Kio, melawati premis itu dengan pemimpin akar umbi pada tengah hari. Mereka bercakap dengan peniaga tentang kerja-kerja pembaikan dan pampasan, lapor akhbar berbahasa Cina, Lianhe Zaobao.

Dalam satu pos Facebook, Encik Lee berkata, pemilik kedai kopi mempunyai insurans kebakaran.

“Peristiwa ini mengingatkan kita peri pentingnya mempunyai insurans untuk kediaman kita (walaupun selepas tempoh wajib) supaya jika kita terperangkap dalam keadaan yang sama, kita masih akan mendapat perlindungan dan bantuan,” tambahnya.

“Jika anda memiliki gerai di pasar atau tempat makan, sila lindunginya, dan diri anda, dengan insurans kebakaran juga.”

Di laman Facebook, SCDF menasihatkan orang ramai agar tidak meninggalkan masakan tanpa pengawasan; jangan meletakkan bahan yang mudah terbakar berdekatan sumber panas; dan usah tingglkan kesan minyak dan kekotoran di sekitar kawasan dapur.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg