Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Terengganu rampas tujuh bot nelayan asing dengan nilai RM10.5j

Jul 3, 2024 | 1:20 PM
Bot nelayan Vietnam yang dilucut hak dan ditenggelamkan di perairan Pulau Kapas untuk dijadikan tukun (tempat perlindungan haiwan laut).
Bot nelayan Vietnam yang dilucut hak dan ditenggelamkan di perairan Pulau Kapas untuk dijadikan tukun (tempat perlindungan haiwan laut). - Foto NSTP

KUALA TERENGGANU: Tujuh bot nelayan asing Vietnam dengan nilai keseluruhan RM10.5 juta ($3.02 juta) juta dilucut hak oleh Mahkamah Seksyen Terengganu pada 1 Julai.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu, Kapten Maritim Mohd Khairulanuar Abdul Majid, berkata tujuh buah bot berkenaan ditahan pihaknya dalam siri Operasi Naga Barat di sekitar perairan negeri itu membabitkan enam buah bot ditahan pada Mei lalu manakala sebuah lagi ditahan pada Jun lalu.

Beliau berkata dalam kes itu, seramai 55 kru berserta tekong warga Vietnam berusia antara 20 hingga 60 tahun telah ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan memasuki Zon Maritim Malaysia tanpa kelulusan.

“Pihak mahkamah juga sudah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM300,000 kepada setiap tekong dan jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dikenakan hukuman lima bulan penjara.

“Setiap kru juga dikenakan denda RM120,000 dan jika gagal membayar denda boleh dikenakan hukuman tiga bulan penjara,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Kapten Mohd Khairulanuar berkata daripada keseluruhan kru yang ditahan, seorang kru berumur 60 tahun turut dibuat pengusiran melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada 30 Jun lalu atas perintah mahkamah.

Katanya, Op Naga Barat yang dilancarkan sejak 2 Mei 2019 bagi membanteras pencerobohan kapal nelayan asing terutamanya di perairan Pantai Timur Semenanjung.

Beliau berkata sepanjang Op itu dilaksanakan, APMM merekodkan 52 kes pada 2019, 66 kes pada 2020, 65 kes (2021), 37 kes (2022), 27 kes (2023) dan 30 kes sehingga semalam, untuk tahun ini .

“APMM Terengganu juga sudah melupuskan sembilan kapal nelayan asing Vietnam, tahun ini (2024) dengan kaedah musnah pecah dan ditenggelamkan untuk dijadikan tukun (tempat perlindungan haiwan laut) dengan nilai bersih pelupusan sebanyak RM1.65 juta.

“APMM akan terus memperkasa kesiapsiagaan aset bagi memastikan perairan negara khususnya perairan Terengganu terus terjaga daripada pencerobohan kapal nelayan asing” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg