Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kesan tumpahan minyak di S’pura: 159 nelayan tuntut ganti rugi

Jun 26, 2024 | 12:54 PM
Petugas daripada syarikat kontraktor yang dilantik giat menjalankan kerja pembersihan sisa tumpahan minyak di pantai Johor ekoran tumpahan minyak di Terminal Pasir Panjang, Singapura.
Petugas daripada syarikat kontraktor yang dilantik giat menjalankan kerja pembersihan sisa tumpahan minyak di pantai Johor ekoran tumpahan minyak di Terminal Pasir Panjang, Singapura. - Foto FACEBOOK AH SOON (EXCO JOHOR)

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan menerima 159 laporan polis daripada persatuan nelayan, yang menuntut ganti rugi ekoran terjejas dengan kejadian tumpahan minyak akibat perlanggaran kapal di Terminal Pasir Panjang, Singapura, yang kemudian merebak hingga perairan Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitenden Hussin Zamora, berkata setakat ini laporan itu diterima daripada nelayan berusia antara 20 hingga 70 tahun yang terjejas dan mengalami kerugian dengan insiden itu.

“Setiap pengadu iaitu nelayan menuntut nilai kerugian antara RM1,000 ($287.65) hingga RM25,000 seorang bergantung kepada kerugian yang dialami,” katanya, lapor Harian Metro.

Pada 14 Jun lalu, sebuah kapal dari Belanda, Vox Maxima, dilaporkan berlanggar kapal tangki minyak dari Singapura, Marine Honor, di Terminal Pasir Panjang.

Kejadian menyebabkan nelayan di Sungai Rengit, Pengerang, Johor, terpaksa menanggung kerugian apabila tidak dapat turun ke laut akibat kesan tumpahan minyak yang merebak ke perairan Johor.

Kerajaan Malaysia dilaporkan akan memperhalusi tuntutan nelayan Johor yang terjejas akibat insiden tumpahan minyak itu mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata kerajaan akan menilai permintaan nelayan terbabit yang menuntut ganti rugi kepada pihak terlibat dalam insiden tumpahan minyak itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Encik Ling Tian Soon, berkata setakat ini sebanyak 35 tan sisa tumpahan minyak dikumpulkan di sempadan Malaysia-Singapura, di sepanjang pesisir pantai Sungai Rengit hingga Teluk Ramunia, Pengerang, dekat Kota Tinggi, Johor.

Beliau berkata kutipan sisa berminyak itu hasil kerja pembersihan yang dilaksanakan kontraktor di beberapa lokasi dikenal pasti sejak 21 Jun lalu hingga 25 Jun dan kerja pembersihan masih diteruskan di lokasi terbabit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg