Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M’sia rugi RM823j hasil laut akibat pencerobohan nelayan asing

Mar 21, 2024 | 1:08 PM
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia antara agensi di Malaysia yang paling banyak menahan kapal nelayan asing yang menceroboh perairan negara dan menangkap ikan tanpa kebenaran.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia antara agensi di Malaysia yang paling banyak menahan kapal nelayan asing yang menceroboh perairan negara dan menangkap ikan tanpa kebenaran. - Foto AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Malaysia mengalami kerugian berjumlah RM823 juta ($233.78 juta) akibat pencerobohan kapal nelayan asing yang melakukan tangkapan hasil laut secara haram di perairan negara itu antara 2020 hingga 2023.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata dalam tempoh itu sebanyak 428 kes direkodkan oleh Jabatan Perikanan (DOF), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Marin.

Katanya, pecahan anggaran kerugian mengikut tahun adalah RM225.22 juta pada 2020 (117 kes), RM238.69 juta pada 2021 (124 kes), RM200.19 juta pada 2022 (104 kes) dan RM159.77 juta pada 2023 (83 kes).

“Jumlah tangkapan kapal nelayan asing yang dibuat oleh Jabatan Perikanan bagi tempoh 2020 hingga 2023 adalah sebanyak tujuh kes pada 2020, lapan kes (2021) dan empat kes (2022).

“Pecahan tangkapan berdasarkan negara pula adalah sebanyak 18 kes tangkapan membabitkan kapal negara Vietnam dan satu kes kapal tanpa bendera negara,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Datuk Mohamad berkata kementeriannya memandang serius isu pencerobohan membabitkan aktiviti penangkapan ikan secara haram oleh kapal penangkapan ikan asing di perairan negara.

“Kementerian melalui DOF sentiasa bekerjasama dengan agensi penguakuatkuasaan yang lain dalam usaha menangani isu ini.

“Pencerobohan oleh nelayan asing adalah isu serius yang boleh menjejas kelestarian sumber daya perikanan tempatan dan mata pencarian nelayan tempatan serta kerugian kepada pendapatan negara,” katanya.

Baru-baru ini, Kementerian Luar Malaysia mendedahkan, sebanyak 14,174 anak kapal daripada Vietnam ditahan oleh pihak berkuasa kerana menceroboh perairan negara sejak 2006 hingga Mei 2023.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, berkata Malaysia sentiasa mengambil tindakan segera dengan menghantar Nota Bantahan melalui Kementerian Luar kepada pemerintah Vietnam, bagi melahirkan kebimbangan Malaysia terhadap insiden pencerobohan yang semakin meningkat.

“Vietnam juga dikenakan amaran ‘kad kuning’ oleh Suruhanjaya Eropah (EC) atas kegagalan negara itu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mencegah pencerobohan nelayan mereka di perairan negara asing.

“Sekiranya perkara ini berterusan, Vietnam boleh dikenakan ‘kad merah’ oleh EC yang boleh menyebabkan larangan eksport hasil laut dari Vietnam ke negara-negara EU,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg