Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sarjan polis wanita didakwa terima rasuah RM3,000

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Sarjan polis wanita didakwa terima rasuah RM3,000

Jan 30, 2024 | 12:38 PM



KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis wanita berpangkat sarjan membuat pengakuan tidak bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM3,000 ($849.82) daripada seorang lelaki yang mahu mengelakkan anaknya dikenakan tindakan berkaitan satu kes cabul.


Nur Mastisha Maidinsha, 39 tahun, membuat pengakuan itu pada 29 Januari selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Cik Azura Alwi, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Tertuduh, yang didakwa sebagai penolong pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Seksual Wanita & Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, dikatakan bersetuju menerima wang tersebut daripada pengadu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 1 Oktober 2022, lapor Berita Harian Malaysia.


Pertuduhan dijalankan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, bergantung mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Cik Nurul Atiqah Mohamad Alias, mencadangkan ikat jamin RM2,000 berserta syarat pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan dia melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM berhampiran.

Nur Mastisha, yang tidak diwakili peguam, merayu jumlah ikat jamin lebih rendah dengan alasan dia telah digantung kerja dan mempunyai tanggungan dua anak.

Mahkamah menerima saranan DPP dan menetapkan 7 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes itu dan pelantikan peguam.

Sementara itu dalam kes berasingan di Kuala Terengganu, Terengganu, seorang pengarah syarikat pengiklanan didakwa bergelar ‘Datuk’ antara dua suspek ditahan SPRM susulan kes rasuah membabitkan nilai RM92,500.


Lelaki berusia lingkungan 60-an tahun itu ditahan kira-kira 11 pagi 29 Januari di kediamannya di Batu Caves, Selangor, manakala suspek kedua dipercayai berperanan sebagai ‘orang tengah’ dalam urusan rasuah itu ditahan di Kuantan, Pahang.


Wang rasuah itu dikatakan diminta lelaki berusia lingkungan berkenaan sebagai balasan kerana melantik satu syarikat untuk kerja pemasangan dan penyelenggaraan papan iklan berjumlah RM2.5 juta di satu daerah di Terengganu pada 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >