Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Timbalan Pendakwa Raya SPRM baru lapor diri bertugas ditahan polis kes dadah

Sep 24, 2025 | 10:32 AM
Foto hiasan
Foto hiasan - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru melaporkan diri untuk bertugas pada minggu lalu, ditahan polis berkaitan kes dadah pada 23 September.

SPRM dalam satu kenyataan pada 24 September mengesahkan penahanan pegawai itu di rumahnya selepas dipercayai memiliki bahan terlarang berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut turut menemui bahan terlarang di lokasi penahanan.

“SPRM menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut dan memberi jaminan akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

SPRM menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku, pelanggaran undang-undang atau perbuatan jenayah membabitkan pegawai mahupun kakitangannya.

“SPRM komited memastikan integriti serta tadbir urus organisasi sentiasa dipelihara,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg