KUALA LUMPUR: Tokoh kewangan Islam Malaysia, Tan Sri Mohd Daud Bakar, dan rakan kongsinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 11 Mei atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan wang berjumlah RM10.55 juta ($3.42 juta) milik beberapa individu dan sebuah koperasi.

Tan Sri Mohd Daud, 62 tahun, yang juga bekas Pengerusi Majlis Penasihat Syariah (SAC) Bank Negara Malaysia (BNM), serta Datuk Norliza Tajudin, 54 tahun, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Suzana Hussin.