Tokoh kewangan M’sia dituduh subahat urus niaga sekuriti tanpa lesen

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tokoh kewangan M’sia dituduh subahat urus niaga sekuriti tanpa lesen

Feb 23, 2026 | 2:49 PM

Tokoh kewangan M’sia dituduh subahat urus niaga sekuriti tanpa lesen

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Tokoh kewangan Islam, Tokoh kewangan Islam didakwa, urus niaga sekuriti tanpa lesen, kes subahat sekuriti Malaysia, penipuan pelaburan Malaysia, berita mahkamah Malaysia, tokoh korporat didakwa, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, kes kewangan Islam
Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar (kanan), dan Mahadi Badrul Zaman, dibawa ke Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur. - Foto HARIAN METRO

KUALA LUMPUR: Tokoh kewangan Islam Malaysia, Tan Sri Daud Bakar, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 23 Februari, didakwa bersubahat dengan sebuah syarikat dalam urus niaga sekuriti tanpa lesen dari 2021 hingga 2023.

Tan Sri Daud, dalam kapasitinya sebagai wakil Energy Eco Berhad, dituduh membolehkan AUF MBZ Consortium PLT menjalankan urus niaga tanpa Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) antara 14 Jun 2021 dengan 9 Ogos 2023.

Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara itu didakwa di bawah Seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, atau denda maksimum RM10 juta ($3.25 juta), atau kededuanya sekali jika sabit kesalahan.

Seksyen 58(1) melarang mana-mana individu daripada menjalankan urusan sekuriti atau pengurusan dana dalam kegiatan terkawal, atau mendakwa diri mereka menjalankan aktiviti tersebut tanpa lesen CMSL.

Tan Sri Daud mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Norma Ismail, lapor portal berita, Malaysiakini.

Menyusuli itu, Hakim Norma memerintahkan tertuduh diikat jamin RM50,000, dengan syarat tambahan iaitu pasportnya diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Sekuriti sebulan sekali.

Sementara itu, dua ahli perniagaan, Mahadi Badrul Zaman, serta Iqbal Mohamad, turut memohon dibicarakan terhadap pertuduhan serupa di hadapan hakim sama.

Pertuduhan terhadap Iqbal adalah sama seperti Tan Sri Daud, yang penglibatannya sebagai pengarah QEW Group Berhad didakwa bersubahat dengan AUF MBZ dalam urus niaga serupa antara 3 September 2021 dengan 15 Februari 2024.

Iqbal mengaku tidak bersalah dan dikenakan jumlah ikat jamin serta syarat tambahan yang sama seperti Tan Sri Daud.

Manakala Mahadi, yang juga suami kepada penyanyi dan pelakon Malaysia, Heliza Helmi, pula didakwa atas kapasitinya sebagai wakil AUF MBZ di hadapan dua hakim Mahkamah Sesyen berasingan pada 23 Februari.

Mahadi dituduh menjalankan urusan sekuriti tanpa CMSL antara 14 Jun 2021 dengan 9 Ogos 2023.

Dia mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Norma.

Dia turut memohon dibicarakan atas pertuduhan serupa di hadapan Hakim Azrul Darus, bagi kesalahan yang didakwa dilakukan antara 3 September 2021 dengan 15 Februari 2024.

Mahadi diperintahkan membayar jumlah ikat jamin keseluruhan sebanyak RM100,000 berserta syarat tambahan yang sama seperti Tan Sri Daud dan Iqbal.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 10 April.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg