Tragedi Alor Setar: Pekerja kilang didakwa bunuh ibu kandung, hadapi hukuman mati

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tragedi Alor Setar: Pekerja kilang didakwa bunuh ibu kandung, hadapi hukuman mati

Feb 11, 2026 | 7:33 PM

Tragedi Alor Setar: Pekerja kilang didakwa bunuh ibu kandung, hadapi hukuman mati

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Alor Setar, bunuh emak, Mahkamah Majistret
Tertuduh, Amirul Shafiq Shamshul Zahari, 29, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 11 Februari hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail, - Foto SINAR HARIAN

ALOR SETAR: Seorang pekerja kilang berdepan pertuduhan membunuh ibu kandungnya, yang juga seorang eksekutif bank pada awal Februari.

Tertuduh, Amirul Shafiq Shamshul Zahari, 29, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 11 Februari hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail, lapor laman Sinar Harian.

Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, Amirul Shafiq, didakwa membunuh Zahrullail Basir, 52 tahun, di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, antara 3.15 pagi dengan 8 pagi pada 2 Februari lalu.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dijatuhkan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fatin Azera Norhisham, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat dan forensik.

Sebelum ini, media melaporkan polis menerima panggilan daripada anak lelaki mangsa pada 8.45 pagi, memaklumkan pembunuhan tersebut pada 2 Februari lalu.

Suspek kemudiannya diberkas kurang 24 jam selepas kejadian, iaitu pada 8.34 malam, ketika menaiki sebuah bas persiaran di Kilometer 441.5 arah selatan Lebuh Raya Utara-Selatan menuju ke Selangor.

Penahanan dilakukan hasil operasi Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg