Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tumbuk muka pemandu OKU: Polis pengiring VVIP Johor didenda RM1,000

Nov 4, 2024 | 2:35 PM
Tangkap layar video tular kes seorang pemandu swasta dipukul di kepala oleh seorang polis pengiring kenamaan atau VVIP di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Mei lalu.
Tangkap layar video tular kes seorang pemandu swasta dipukul di kepala oleh seorang polis pengiring kenamaan atau VVIP di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Mei lalu. - Foto KOSMO!.

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal pengiring kenamaan (VVIP) yang tular dikatakan kerana menumbuk seorang pemandu privet kurang upaya (OKU) di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur, didenda RM1,000 ($301) oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada 4 November.

Majistret Farah Nabihah Muhammad menjatuhkan hukuman denda itu selepas tertuduh, Lans Koperasl Muhammad Taufik Ismail, 32 tahun, mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan pemandu berkenaan pada 11.40 pagi, 28 Mei lalu.

“Saya mengaku,” jawab tertuduh, lapor Kosmo!.

Tertuduh adalah anggota polis yang bertugas sebagai pengawal pengiring kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, yang lebih dikenali sebagai TMJ.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dipenjara selama 20 hari. Namun, tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut tuduhan, Muhammad Taufik didakwa menyebabkan kecederaan ke atas pemandu privet OKU, Encik Ong Ing Keong, 47 tahun, di hadapan lobi Hotel St Regis, Kuala Lumpur.

Berdasarkan fakta kes dan laporan dibuat pemandu privet itu sebelum ini, beliau mengambil empat penumpang di hotel terbabit pada 11.40 pagi hari kejadian.

Semasa pengadu sampai dan menunggu penumpang, rombongan VVIP tersebut bergerak keluar dari lobi hotel berkenaan.

Seorang daripada pengawal pengiring VVIP itu telah mengetuk cermin kereta hadapan Encik Ong untuk memintanya bergerak dan mengosongkan kawasan berkenaan.

Namun, pengadu tidak faham kerana merupakan seorang OKU pekak dan bisu, sebelum tertuduh bertindak menumbuk kepala mangsa supaya mengalihkan kereta.

Difahamkan, pengadu mendapatkan rawatan awal di Hospital Kuala Lumpur akibat dipukul dan disahkan mengalami kecederaan pada tisu lembut.

Mangsa kemudian membuat laporan polis pertama sejurus kejadian, sebelum menarik balik laporan polis itu pada hari yang sama, atas alasan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik, serta tidak mahu memanjangkan kes.

Bagaimanapun, banyak pihak membantu menuntut keadilan buat Encik Ong sehingga Polis Diraja Malaysia (PDRM) kembali melakukan siasatan menyeluruh seiring gesaan TMJ supaya tidak ada pihak yang terlepas daripada undang-undang sekiranya terbukti melakukan kesalahan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg