Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tunku Ismail ditabal Pemangku Sultan Johor

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tunku Ismail ditabal Pemangku Sultan Johor

Jan 28, 2024 | 02:53 PM



JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah ditabal sebagai Pemangku Sultan Johor pada 28 Januari.


Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata pertabalan itu berterusan selama Sultan Ibrahim menjalankan tanggungjawab sebagai Yang Di-Pertuan Agong.

Pelantikan itu diperkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dengan nasihat Jumaah Majlis Diraja Johor dan kuasa serta kehendak Fasal 9(1)(d) dan (3) Undang Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

“Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takhluk Johor Darul Takzim dengan nasihat Jumaah Majlis Diraja dan kuasa serta kehendak Fasal 9(1)(d) dan (3) Undang Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 telah berkenan melantik Waris Takhta Kerajaan Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Sultan Johor bermula hari ini (28 Januari).

“Pelantikan ini hendaklah berterusan untuk selama Sultan Johor menjalankan kerja-kerja Yang Di-Pertuan Agong. Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor berkenaan gelaran kehormatan bagi Pemangku Sultan adalah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atau DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor,” katanya dalam satu kenyataan.

Istiadat pertabalan berlangsung pada 10 pagi di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru, di hadapan Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim akan menetap di Istana Negara, Kuala Lumpur, mulai 31 Januari bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun. Sultan Ibrahim akan menggantikan Sultan Abdullah Ahmad Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan.

Tunku Ismail, 39 tahun, dilahirkan pada 30 Jun 1984 di Johor Bahru.

Beliau anak sulung enam beradik kepada Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Sebelum pertabalan itu, Tunku Ismail yang meminati sukan polo dan bola sepak telah beberapa kali diamanahkan menjadi Pemangku Raja dengan kali terakhir pada 16 Jun 2022 ketika Sultan Ibrahim berehat seketika daripada menjalankan tugas serta mentadbir Johor.

Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sejak 16 Februari 2012, mendirikan rumah tangga dengan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor pada 24 Oktober 2014.

Pasangan diraja itu dikurniakan dua putera dan dua puteri, iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Zahrah Zarith Aziyah. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >