Sekitar lewat 1990-an, Ulu Tiram dikejutkan dengan penyebaran fahaman pelampau dengan lokasi Madrasah Luqmanul Hakim menjadi tempat menyemai fahaman militan, ekstremisme dan pernah menjadi ‘medan usrah’ anggota kumpulan pengganas sekitar 1996 dan 1997.

Lokasi tersebut pernah menjadi tempat berkumpul bekas pemimpin kanan Jemaah Islamiyah (JI), Nasir Abbas dan Noordin Mat Top – ketua kumpulan serpihan radikal dikenali Tandzim Al-Qoidah Indonesia yang maut dalam operasi pasukan khas antikeganasan Indonesia Detasmen Khusus 88 di Kepuhsari, Solo, Jawa Tengah, pada 17 September 2009 kerana terbabit dalam pengeboman di Jakarta.