Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Umno mahu kumpul 1 juta tandatangan tuntut pembebasan Najib

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Umno mahu kumpul 1 juta tandatangan tuntut pembebasan Najib

Feb 05, 2024 | 01:24 PM



PUTRAJAYA: Selaras dengan ketetapan Umno untuk meneruskan usaha pembelaan dan pembebasan mantan Presidennya, Najib Tun Razak, Ketua Umno bahagian di seluruh negara diarah mengumpulkan satu juta tandatangan untuk petisyen mengenainya.


Arahan itu dikeluarkan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam satu pertemuan tertutup khas dengan Ketua Umno bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, pada 4 Februari.

Perkara itu disahkan Ketua Umno Bahagian Batu, Encik Gulam Muszaffar Gulam Mustakim.

Beliau berkata Datuk Zahid mengarahkan tandatangan semua ahli parti itu di seluruh negara dikumpulkan segera, dengan diselesaikan selewat-lewatnya minggu depan.

“Ya (ada arahan sedemikian). Ia khusus untuk rayuan pengampunan (penuh bagi Najib) yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Sejuta tandatangan itu membabitkan semua ahli Umno daripada 191 bahagian,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Pada perjumpaan itu, Encik Gulam Muszaffar berkata Datuk Zahid turut meminta semua pihak dalam Umno terus bersatu ke arah mendapatkan pembebasan penuh untuk Najib.

Najib menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ($59.75 juta) selepas didapati bersalah oleh mahkamah dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Pada 2 Februari, Berita Harian melaporkan Lembaga Pengampunan memberi pengurangan tempoh hukuman penjara serta denda yang perlu dibayar ke atas mantan Perdana Menteri Keenam Malaysia itu yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 selepas disabitkan kesalahan pada 2022.


Beliau diberi pengurangan 50 peratus dengan perlu menjalani hukuman penjara enam tahun dan bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028, selain pengurangan denda kepada RM50 juta.

Keputusan itu ternyata tidak terlepas daripada pertikaian dan membangkitkan polemik dalam kalangan rakyat termasuk ahli politik kerajaan dan pembangkang.

Dalam pada itu menurut anak perempuan Najib, Cik Nooryana Najwa, bapanya sangat kesal dengan keputusan Lembaga Pengampunan kerana tidak diberikan pengampunan penuh sebagaimana rayuannya.

“Hampa, teramat kecewa. Kamu tahu Yana, perasaan yang paling remuk adalah apabila kamu terkejut dan tiada sesiapa di sekeliling untuk bercakap.

“Anda hilang dalam fikiran sendiri, bersendirian,” kata Najib yang dikongsi Cik Nooryana di Instagram miliknya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >