Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Hukuman penjara mantan PM M’sia Najib Razak dikurang kepada 6 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Hukuman penjara mantan PM M’sia Najib Razak dikurang kepada 6 tahun

Hukuman lebih ringan ekoran pengampunan diraja, denda turut dikurangkan kepada RM50 juta
Feb 02, 2024 | 04:52 PM



Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak diberi pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya, selain pengurangan denda yang perlu dibayar selepas disabitkan kesalahan pada 2022.

Pengurangan hukuman itu diputuskan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Sultan Abdullah Ahmad Shah (kini mantan), sekali gus menyaksikan mantan Perdana Menteri Keenam itu bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Dengan keputusan itu denda yang perlu dibayar oleh Najib juga dikurangkan daripada RM210 juta ($59.75 juta) kepada RM50 juta.

Keputusan itu diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, pada 2 Februari.

“Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah bersidang pada 29 Januari 2024.

“Sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Najib Razak telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan tersebut yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah.

“Setelah menimbangkan pendapat dan nasihat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah memutuskan hukuman Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan (pengurangan) denda yang perlu dibayar.

“Oleh yang demikian, Najib Razak dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta,” kata kenyataan itu.

Namun menurut kenyataan itu, sekiranya denda berkenaan tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan mantan Menteri Kewangan Malaysia itu pada 23 Ogos 2029.

Kenyataan itu sekali gus menjawab spekulasi mengenai pengampunan dan pembebasan awal Najib sejak 30 Januari.

Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak rayuan Najib dan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya, selepas didapati salah dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, dalam keputusan sebulat suara mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh Najib tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Sebelum itu, pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC itu.

Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari lalu adalah mesyuarat rasmi terakhir Sultan Abdullah sebagai Agong Malaysia, sebelum pemerintahan lima tahun beliau berakhir pada 30 Januari.

Tanpa pengampunan itu, Najib hanya akan dibebaskan pada 23 Ogos 2034.

Walaupun diberi pengampunan itu, Najib turut berdepan beberapa lagi kes berprofil tinggi.

Ini termasuk pengubahan wang haram dana SRC, penyelewengan RM2.3 bilion dan meminda laporan audit 1MDB serta kes pecah amanah ke atas harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >