Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Undi tidak percaya jalan terakhir tentukan keabsahan sokongan PM

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Undi tidak percaya jalan terakhir tentukan keabsahan sokongan PM

Jan 22, 2024 | 05:30 PM



Sejak beberapa tahun lalu, khasnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018, negara mengalami beberapa peristiwa memeritkan yang mengakibatkan kemelut politik tidak berkesudahan. Justeru, pasca-PRU15 dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan, ia menjadi harapan baru untuk menoktahkan kemelut politik negara.

Namun, ‘kecairan’ sokongan dalam kalangan ahli politik mutakhir ini menimbulkan beberapa cabaran terhadap amalan demokrasi berparlimen di negara ini.

Terdahulu, kontroversi timbul apabila sebilangan Ahli Parlimen (AP) pembangkang menyatakan sokongan kepada pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan mereka menimbulkan perdebatan sama ada bertentangan dengan mekanisme kawalan kegiatan lompat parti diwujudkan dalam Perlembagaan atau sebaliknya. Terkini, timbul pula desas-desus mengenai Langkah Dubai dan cabaran Perdana Menteri supaya pembangkang mengemukakan usul tidak percaya di Dewan Rakyat (Parlimen).

Walaupun kedua-duanya reaksi politik berlainan, ia mampu memberi kesan besar terhadap negara, apatah lagi mandat pemerintahan sudah diberikan rakyat menerusi pilihan raya. Namun, ada pihak berpendapat usul undi tidak percaya adalah langkah demokratik positif untuk menguji keabsahan sokongan terhadap Perdana Menteri.

Kedua-dua pendapat ini sedikit sebanyak menuntut kita untuk memahami lebih mendalam apakah dimaksudkan dengan undi tidak percaya serta kesannya terhadap institusi pemerintahan negara dan Perdana Menteri.

Perdana Menteri adalah jawatan terpenting dalam Perlembagaan; beliau ialah ketua kerajaan pada peringkat Persekutuan dan pelantikannya dibuat atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 40(2) Perlembagaan.

Walaupun pelantikan Perdana Menteri dibuat atas hemat dan perkenan Agong, Perdana Menteri tidak memegang jawatan itu atas perkenan Agong, sebaliknya memerlukan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Hal ini dinyatakan melalui Perkara 43(4) memperuntukkan ‘Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka hendaklah meletakkan jawatan melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan Agong’.

Oleh demikian, Agong boleh memecat seseorang Perdana Menteri jika terbukti dirinya hilang sokongan secara sah sekiranya enggan meletakkan jawatannya. Secara mudah kedudukan Perdana Menteri tidak boleh diganggu gugat tanpa usul tidak percaya.

Oleh itu, jika seseorang Perdana Menteri hilang sokongan untuk terus memimpin kerajaan, maka dirinya boleh kehilangan mandat untuk terus memimpin.

Namun pendapat diterima pakai secara meluas adalah sekiranya timbul sesuatu ketidakyakinan terhadap seseorang pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri, maka ketidakyakinan itu harus dimanifestasikan dalam Dewan Perundangan, menerusi usul undi tidak percaya.

Selain itu, kegagalan kerajaan meluluskan satu rang undang-undang (RUU) pada bacaan kedua dan/atau ketiga juga boleh ditafsirkan sebagai suatu bentuk undi tidak percaya. Seterusnya, undi tidak percaya juga boleh dimanifestasikan sekiranya kerajaan gagal melaksana sesuatu dasar penting.

Undi tidak percaya juga boleh berlaku jika Perdana Menteri gagal mendapatkan undi percaya selepas mengusulkannya di Dewan Rakyat. Akhir sekali, undi tidak percaya juga boleh wujud akibat situasi luar biasa, termasuk menerusi aktiviti lompat parti atau pertukaran sokongan terhadap kepimpinannya.

Sekiranya undi tidak percaya berjaya dizahirkan dan diluluskan di Dewan Rakyat, maka ia akan memberikan kesan sangat besar terhadap institusi pentadbiran negara. Kesan paling besar adalah Perdana Menteri harus meletakkan jawatan.

Pada masa sama, Jemaah Menteri akan turut terbubar kerana Perdana Menteri kehilangan kepercayaan di Dewan Rakyat disebabkan nukleus kuasa Jemaah Menteri terletak kepada lantikan seseorang Perdana Menteri.

Secara mudah, ketika itu negara tidak mempunyai kerajaan memiliki mandat untuk mentadbir dan berkemungkinan besar akan diuruskan kerajaan sementara berkuasa terhad dilantik Agong.

Oleh itu, seorang Perdana Menteri baru harus dilantik bagi meneruskan kelangsungan pentadbiran negara. Dalam hal ini terdapat dua kaedah boleh diambil bagi mengisi kekosongan jawatan Perdana Menteri.

Pertama, Agong boleh melantik mana-mana ahli Dewan Rakyat pada hemat beliau memiliki sokongan majoriti AP. Kaedah ini mampu menjimatkan kos dan masa serta memberi penyelesaian lebih pantas dalam menangani isu kekosongan jawatan Perdana Menteri.

Kaedah kedua adalah menerusi pembubaran Dewan Rakyat yang diperkenan Agong atas nasihat Perdana Menteri sebelum meletakkan jawatannya. Keadaan ini akan mewajibkan PRU diadakan bagi memilih wakil rakyat baru. Walaupun kaedah ini paling demokratik, namun ia bakal memberi tekanan kos kepada kerajaan bagi melaksanakan PRU.

Pada masa sama, seseorang Perdana Menteri juga mempunyai beberapa cara bagi mengelak undi tidak percaya dilaksanakan ke atasnya.

Pertama, Perdana Menteri boleh mengusulkan undi percaya dibuat ke atasnya, yang mana kejayaan pengundian itu boleh memberikan keabsahan jelas terhadap kepimpinannya.

Seterusnya, Perdana Menteri boleh menasihati Agong untuk memprorog atau menangguhkan sidang Parlimen sehingga selama enam bulan. Keadaan ini mampu mengelakkan usul undi tidak percaya dibentangkan di Parlimen, sekali gus memberi ruang kepada Perdana Menteri merayu dan menambahkan sokongan politik terhadapnya.

Dalam meraih peranan undi tidak percaya untuk memastikan seseorang ketua kerajaan itu layak menerajui kerajaannya, tindakan ini harus dianggap sebagai jalan terakhir dalam menentukan keabsahan sesebuah kerajaan kerana ia boleh memberikan kesan sangat besar kepada rakyat dan negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >