Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Usaha perangi rasuah perlu sokongan rakyat M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Usaha perangi rasuah perlu sokongan rakyat M’sia

Feb 18, 2024 | 05:30 AM



Rasuah antara isu paling serius dan sensasi dalam sesebuah kerajaan dan membabitkan hampir semua negara di dunia sama ada negara kaya, membangun dan miskin. Rasuah menjadi sebahagian masalah sistemik serta lama bertapak, menjalar dan sukar dibanteras.

Bahkan, tidak keterlaluan jika dikatakan rasuah adalah punca kepada segala jenayah.

Akibat rasuah, merebaknya jenayah lain seperti pemerdagangan manusia, pelacuran, pengedaran dadah, pembunuhan dan rompakan, perjudian dan pelacuran, bercambahnya koloni pendatang tanpa izin, kegiatan kongsi gelap, scam (penipuan), pengubahan wang haram dan pelbagai jenayah terancang dan tidak terancang.


Sehingga kini, pelbagai dasar, program, kempen dan inisiatif lain termasuklah penguatkuasaan dan hukuman diperkenalkan kerajaan Malaysia dengan kerjasama pelbagai pemegang taruh.

Ini termasuk meningkatkan kesedaran bahaya rasuah pada peringkat awal dengan memperkenalkan program dan kurikulum pendidikan berkaitan rasuah dan integriti di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Berpuluh akta dan peraturan diperkenal dan dikuat kuasa, namun rasuah cuba diperangi masih belum menunjukkan kejayaan diharapkan.

Namun, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri Malaysia, menerusi tekad melakukan reformasi tadbir urus kerajaan, usaha memerangi rasuah, ketirisan dan penyelewengan menjadi agenda penting dalam agenda kerajaan pimpinannya.

Sebagai contoh, Kerajaan Perpaduan tidak lagi menganugerahkan projek runding terus melainkan situasi kritikal dan memerlukan sesuatu projek disegerakan untuk kepentingan awam, seperti projek tebatan banjir yang memerlukan pelaksanaan projek segera dan cepat.

Namun, kerajaan melakukan saringan ketat iaitu hanya memilih kontraktor dan pemaju berkelayakan serta memiliki sejarah prestasi projek cemerlang.

Komitmen kerajaan memerangi rasuah dapat dilihat apabila Datuk Anwar berikrar akan memecat mana-mana menteri Kabinet yang didapati melakukan rasuah dan penyelewengan selain mengarahkan dan memberi jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meneruskan siasatan ke atas isu ‘Pandora Papers’.

Pada Mei 2023, Datuk Anwar mengingatkan sesiapa sahaja merompak kekayaan negara akan diperangi habisan-habisan tanpa menyasarkan kepada bangsa tertentu sambil menegaskan tidak pernah campur tangan dalam mana-mana kes rasuah termasuk berprofil tinggi.

Pada September 2023 ketika ucapan Pembentangan Usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Datuk Anwar mencadangkan diwujudkan Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti sebagai panduan kepada semua entiti, sama ada sektor awam atau swasta.

Pada Januari lalu, beliau menyatakan usaha membanteras rasuah dengan cara ‘menekan jerung bukan bilis’.

Sepanjang 13 bulan pentadbirannya, SPRM merekodkan kejayaan menyiasat isu rasuah berprofil tinggi membabitkan pemimpin politik dan bekas pemimpin negara dipercayai menyalahgunakan kedudukan ketika mentadbir negara untuk mengumpul kekayaan luar biasa.

Indeks Persepsi Rasuah (CPI-TI) Malaysia contohnya pada 2023 berada pada kedudukan 57 berbanding 61 (2022). Pengurangan empat mata ini menunjukkan kerajaan aktif dan agresif membanteras rasuah dalam kalangan pemimpin serta sesiapa saja yang terbabit.

Datuk Anwar turut menyasarkan CPI negara berada pada kedudukan 25 menjelang 2040. Jika rasuah dapat dibanteras, pencapaian indeks dapat ditingkatkan dan keyakinan rakyat serta pelabur terhadap kemampuan kerajaan akan terus bertambah.

Membanteras rasuah tidak mudah jika ia dapat direalisasi tentunya ia akan menjadi game changer kepada kedudukan ekonomi, kewangan dan pelaburan asing.


Begitupun indeks lain mengalami kemerosotan seperti Indeks Pemerdagangan Manusia berada pada Tier 3. Kedudukan Tier 3 menunjukkan Malaysia menjadi hab penting pemerdagangan manusia di Asia Tenggara dan dunia.

Justeru, bagi mengekang isu ini berlanjutan, kerajaan perlu membekalkan petugas barisan hadapan negara dengan teknologi canggih seperti peralatan, senjata dan sistem pengesanan terkini khususnya di pintu masuk utama negara.

Paling penting, negara sangat memerlukan petugas barisan hadapan berintegriti dalam menjalankan kewajipan supaya pintu masuk negara tidak mudah dicerobohi sindiket pemerdagangan manusia dan pendatang asing.

Bagi meningkatkan pencapaian indeks di sektor utama, kerajaan, sektor korporat dan institusi penyelidikan seharusnya menjalankan kajian indeks sendiri bagi memahami realiti sedang berlaku terhadap sektor utama terbabit.

Pencapaian tinggi indeks tidak memberi makna besar kepada kelestarian negara jika realiti kehidupan rakyat masih bergelut dengan bebanan kelangsungan hidup selain diselubungi rasuah, penyelewengan dan ketirisan.

Dalam hal ini, Datuk Anwar tidak akan mampu melakukannya berseorangan untuk menjayakan agenda memerangi rasuah dan memulihkan indeks utama negara di peringkat global.

Sokongan dan dukungan semua pihak serta setiap rakyat diperlukan kerajaan untuk mencapai harapan terbabit.

Sedutan rencana ini disiarkan Berita Harian Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >