Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usahawan M’sia dedah belanja RM1 juta untuk sambut hari lahir anak

Jun 6, 2025 | 4:46 PM
Cik Farhana (kiri) menghadiahkan anak sulung perempuannya, 11 tahun, dengan sebuah komputer Apple, jam tangan Rolex dan kereta Toyota Vellfire.
Cik Farhana (kiri) menghadiahkan anak sulung perempuannya, 11 tahun, dengan sebuah komputer Apple, jam tangan Rolex dan kereta Toyota Vellfire. - Foto tangkap layar TIKTOK/FARHANAZAHRA91

Seorang usahawan Malaysia telah dikecam netizen setelah mendedahkan beliau berbelanja lebih dari RM 1 juta ($303,700) untuk menyambut hari lahir anak sulungnya yang ke-11.

Dalam satu catatan di TikTok, beliau juga “meminta maaf” kerana tidak membelanjakan lebih daripada angka tersebut. 

Cik Farhana Zahra, seorang usahawan yang menjual produk kecantikan dan supplemen, juga memberikan beberapa hadiah yang mewah kepada anak perempuannya itu.

Hadia-hadiah itu termasuk komputer Apple, jam tangan Rolex dan sebuah kereta Toyota Vellfire.

“Maafkan Mama, ini sahaja Mama mampu berikan kamu. Mama hanya berbelanja 1 juta ringgit untuk majlis hari lahir ini,” tulisnya dalam satu video TikTok pada 3 Jun, yang telah viral dengan lebih 2.2 juta tontonan.

Beliau juga berharap bahawa impian anak perempuannya untuk menjadi seorang usahawan menjadi kenyataan.

Video tersebut memaparkan beliau, suaminya dan tiga anak perempuan dalam pakaian hitam sedondon sedang turun dari tangga yang besar.

Mereka sekeluarga naik atas pentas sambil tetamu menyanyikan ‘Selamat Hari Jadi’ kepada anak perempuannya yang lebih dikenali sebagai ‘Yaya’ sebelum penyampaian hadiah.

Cik Farhana berkata segala permintaan Yaya dipenuhi setiap hari, membuatnya tidak pasti apa untuk membelikan anak perempuannya, dan harap ‘hadiah kecil’ tersebut akan menggembirakannya.

Video Cik Farhana menggunakan perkataan ‘hanya’ untuk menggambarkan jumlah belanja tidak diterima oleh netizen, yang menuduhnya menunjuk-nunjuk kemewahan dan mengambil perhatian orang ramai.

Dalam satu lagi video, Cik Farhana juga telah menghadiahkan pemandu anaknya dengan kereta mewah sebagai tanda perhargaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg