Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usahawan salun, suami, tiga individu lain didakwa edar lebih 20kg pil kuda

Jul 10, 2025 | 2:03 PM
Empat lelaki dan seorang wanita berdepan pertuduhan mengedar lebih 20 kilogram dadah jenis pil kuda di Kampung Banggol Chicha, Malaysia.
Empat lelaki dan seorang wanita berdepan pertuduhan mengedar lebih 20 kilogram dadah jenis pil kuda di Kampung Banggol Chicha, Malaysia. - Foto NSTP

PASIR MAS: Usahawan salun dan kedai makan bersama suami serta tiga individu lain didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, pada 10 Julai atas tiga pertuduhan mengedar lebih 20 kilogram (kg) dadah jenis pil kuda di Kampung Banggol Chicha pada 27 Jun lalu.

Tertuduh, Nur Ayu Fatihah Zaudi, 34 tahun, dan suami, Mohd Faizal Ismail, 35 tahun, serta tiga individu lain, Mohd Khairu Azani Mohd Lawi, 39 tahun, Mohamad Farid Ismail, 33 tahun, dan Mohamad Asmawi Janudin, 25 tahun.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan terhadap semua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali, lapor BH Online.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Faizal didakwa mengedar 115 gram dadah jenis methaphetamine yang dijumpai di dalam sebuah kereta Perodua Axia di simpang tiga Jalan Gajah Mati berdekatan Kampung Banggol Chicha, pada11.15 pagi 27 Jun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Faizal dan Nur Ayu Fatihah didakwa mengedar 112 gram dadah jenis methaphetamine di sebuah rumah di Kampung Banggol Chicha, pada 11.30 pagi hari yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, semua lima tertuduh didakwa bersama-sama mengedar 19,866 gram dadah jenis methaphetamine di sebuah kandang lembu belakang rumah di Kampung Banggol Chicha pada 4.30 petang hari yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Syazalia Che Suhaimi manakala Nur Ayu Fatihah dan Mohd Faizal diwakili peguam, Mohd Norazihan Adnan. Tiga lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 26 Oktober untuk sebutan semula kes dan tiada tawaran jaminan diberikan terhadap tertuduh.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg