Menggunakan rokok elektronik atau ‘vape’ dilarang di Singapura. Pemilikan, penggunaan serta pembelian ‘vape’ dan produk berkaitannya telah diharamkan sejak Februari 2018.
Pihak berkuasa Singapura mengingatkan orang ramai bahawa mengimport, mengedar, menjual atau menawarkan untuk menjual ‘vape’’ dan komponen-komponennya adalah satu kesalahan.
Sesiapa yang disabitkan dengan kesalahan itu boleh didenda sehingga $10,000, atau dipenjara sehingga enam bulan, atau kededuanya, bagi kesalahan pertama.
Bagi kesalahan seterusnya, individu yang disabitkan boleh didenda sehingga $20,000, dipenjara sehingga 12 bulan, atau kededuanya.
Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dilaporkan sebelum ini bahawa pihaknya turut memantau penjualan haram alat ‘vape’ melalui wadah media sosial, e-dagang dan wadah pemesejan, serta menjalankan operasi untuk memadamkan kandungan yang berkaitan dengan ‘vape’.
Sementara itu, hampir 18,000 individu ditangkap antara Januari 2024 dengan Mac 2025 di Singapura kerana memiliki dan menggunakan ‘vape’ selepas pihak berkuasa meningkatkan penguatkuasaan.
HSA dan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan bersama pada 16 Mei, berkata ‘vape’ dan komponen lain bernilai lebih $41 juta telah dirampas sepanjang tempoh 15 bulan itu.
HSA juga telah mengetuai 50 operasi terhadap sindiket berskala besar yang terlibat dalam urusan produk tersebut.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg