Video pemilik kenderaan isi minyak RON95 berlebihan tular: Penguasa Johor siasat
Video pemilik kenderaan isi minyak RON95 berlebihan tular: Penguasa Johor siasat
Mar 24, 2026 | 1:33 PM
Video pemilik kenderaan isi minyak RON95 berlebihan tular: Penguasa Johor siasat
Tangkap layar video yang merakam pemilik sebuah kenderaan mengisi petrol RON95 dalam tong plastik dalam jumlah yang banyak telah menjadi tular. - Foto FACEBOOK KOMUNITI JOHOR
JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor akan mengesan dan memanggil pemilik kenderaan yang mengisi petrol RON95 secara berlebihan dalam tong plastik untuk siasatan lanjut.
Pengarahnya, Cik Lilis Saslinda Pornomo, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan, dengan memeriksa stesen minyak terlibat di sekitar Skudai.
Laporan berkaitan
Bil subsidi bahan api melonjak mendadak susulan kenaikan harga minyak globalMar 23, 2026 | 2:15 PM
PR S’pura didenda RM9,000 ubah nombor pendaftaran semasa isi RON95Jan 14, 2026 | 1:46 PM

