Wabak TB di M’sia: Orang ramai digesa pakai pelitup di tempat sesak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wabak TB di M’sia: Orang ramai digesa pakai pelitup di tempat sesak

Feb 21, 2026 | 5:38 PM

Wabak TB di M’sia: Orang ramai digesa pakai pelitup di tempat sesak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Tuberkulosis, TB, Malaysia
Tuberkulosis (TB) atau batuk kering ialah penyakit berjangkit yang merebak melalui udara kepada individu yang berdekatan. - Foto REUTERS

KUALA LUMPUR: Ketika rakyat Malaysia mengunjungi bazar Ramadan dan menghadiri majlis berbuka puasa, Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai supaya mematuhi langkah berjaga-jaga terhadap penyakit batuk kering atau tuberkulosis (TB), khususnya di tempat sesak dan ruang tertutup.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 21 Februari, kementerian itu memaklumkan sebanyak 596 kes baru TB dilaporkan di seluruh negara bagi minggu epidemiologi keenam dari 8 hingga 14 Februari.

Menurut kenyataan itu, jumlah terbaru tersebut menjadikan keseluruhan kes TB terkumpul di seluruh negara mencecah 3,161 kes.

“Ruang yang sesak, tertutup dan kurang pengudaraan meningkatkan risiko penularan, terutama jika terdapat individu dengan TB aktif yang tidak dirawat.

“Ramadan bukanlah punca penularan TB. Namun, peningkatan interaksi sosial sepanjang bulan ini boleh meningkatkan risiko pendedahan,” menurut kenyataan tersebut.

Kementerian menegaskan kesedaran masyarakat dan langkah proaktif amat penting bagi pengesanan awal, rawatan berkesan serta pencegahan penularan TB.

“Dengan tindakan bersama, kita dapat memastikan Ramadan ini selamat dan sihat untuk semua.

“Tidak seperti influenza atau Covid-19, TB merebak dengan lebih perlahan dan biasanya memerlukan pendedahan berpanjangan serta berulang,” tambah kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin, memastikan ruang mempunyai pengudaraan yang baik, memakai pelitup jika tidak sihat atau berada di tempat sesak, serta mendapatkan rawatan jika batuk berlarutan lebih dua minggu atau mengalami gejala TB.

Mengikut pecahan kes, Sabah mencatatkan jumlah tertinggi dengan 755 kes, diikuti Selangor (596 kes) dan Sarawak (332 kes).

Johor merekodkan 280 kes, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan 244 kes.

Kedah mencatatkan 181 kes, diikuti Pulau Pinang (172 kes) dan Perak (154 kes).

Kelantan merekodkan 121 kes, Pahang (103 kes), Terengganu (74 kes) dan Negeri Sembilan (62 kes).

Sementara itu, Melaka mencatatkan 48 kes, Perlis 21 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan jumlah terendah dengan 18 kes. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg