KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang ditahan kerana membawa pisau ketika menghadiri pesta muzik kontroversi, Rain Rave Water Music Festival 2026, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada 2 Mei lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Penolong Pesuruhjaya Sazalee Adam, berkata wanita itu didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958.