Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita di M’sia meninggal dunia di dalam kereta, dipercayai tertidur dengan tingkap tertutup

Feb 22, 2024 | 11:30 AM
Tempat letak kereta berdekatan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak, di mana kereta diletakkan. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan pihak polis menyatakan mangsa tertidur dalam kereta terbabit tanpa membuka tingkap kereta.
Tempat letak kereta berdekatan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak, di mana kereta diletakkan. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan pihak polis menyatakan mangsa tertidur dalam kereta terbabit tanpa membuka tingkap kereta. - Foto GOOGLEMAPS

IPOH: Seorang wanita berusia 20 tahun ditemui meninggal dunia dalam kereta yang berkunci di kawasan tempat letak kereta berdekatan Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 20 Februari.

Dalam satu kenyataan media, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Encik Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.07 petang dan tiba di lokasi pada 6.24 petang.

Beliau berkata: “Setibanya tiba di lokasi kejadian, didapati seorang mangsa terkunci di dalam kenderaan jenis Toyota Camry. Anggota bomba membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas.

“Mangsa... diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia.”

Beliau menambah mayat mangsa diserahkan kepada polis bagi siasatan lanjut.

Susulan itu, pihak polis berkata mangsa didapati tertidur dalam kenderaan terbabit ketika menjaga bapanya yang sakit di wad hospital berdekatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Yahaya Hassan dalam satu kenyataan pada 21 Februari berkata mangsa dipercayai masuk ke dalam kereta berkenaan untuk berehat tanpa membuka cermin kereta.

Beliau menambah bahawa pihaknya menerima maklumat daripada pengawal keselamatan di tempat letak kenderaan itu bahawa mereka ternampak seorang perempuan tidak sedarkan diri.

“Siasatan awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk bahagian belakang kereta.

“Dengan bantuan daripada pihak bomba dan penyelamat, pintu kereta telah berjaya dibuka dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” .

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara proses bedah siasat dilakukan.

“Pihak polis ini menasihatkan orang awam agar tidak mengamalkan tabiat tidur dalam kenderaan kerana sekiranya enjin kenderaan dimatikan, sistem pengudaraan tidak berfungsi, atau ketiadaan oksigen boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba,” tambah beliau. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg