Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Lelaki disyaki bakar kereta polis M’sia ditahan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lelaki disyaki bakar kereta polis M’sia ditahan

Feb 16, 2024 | 11:06 AM



PETALING JAYA: Seorang lelaki yang disyaki membakar kereta polis bantuan berhampiran Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, pada 15 Februari sudah ditahan polis.


Suspek berusia 25 tahun yang bekerja sebagai penghantar makanan itu ditahan di Flora Damansara, Petaling Jaya, kira-kira 10 pagi 15 Februari.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Penolong Pesuruhjaya, Mohd Fakhrudin Abdul Hamid, berkata suspek ditahan sepasukan anggota polis selepas dikesan memuat naik video sepanjang lima saat tentang kejadian kebakaran itu dalam aplikasi TikTok akaun miliknya.

“Suspek ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di kawasan Flora Damansara, berdasarkan siasatan dan maklumat yang diterima.

“Hasil siasatan mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau, namun ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis morfin,” kata Encik Mohd Fakhrudin, lapor Berita Harian Malaysia.


Encik Mohd Fakhrudin berkata polis turut merampas peralatan berupa tukul besi dan botol air yang disyaki digunakan untuk mengisi petrol yang digunakan dalam kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu kerana mahu mendapatkan rating tinggi di aplikasi TikTok dengan cara memuat naik video kejadian melalui telefon bimbitnya selain mahukan perhatian.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 435/427 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api,” katanya.

Dalam kejadian 1.42 pagi pada 15 Februari, sebuah kereta milik polis bantuan Prasarana Malaysia Berhad terbakar dipercayai akibat dibaling bom botol berhampiran Stesen MRT Mutiara Damansara.

Video suspek berlatarbelakangkan kereta berkenaan yang sedang terbakar turut tular di media sosial dengan kapsyennya yang mendakwa berpuas hati kerana telah membakar kereta tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >