Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita hendak bersalin meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di Kedah

Apr 11, 2025 | 11:08 AM
Suri rumah berusia 35 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital menaiki ambulans di Kedah. 
Suri rumah berusia 35 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital menaiki ambulans di Kedah.  - Foto fail

SUNGAI PETANI (Kedah): Hasrat sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata kedua berkecai apabila si ibu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Suri rumah berusia 35 tahun itu dipercayai sakit hendak bersalin dan suaminya kemudian menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan.

Difahamkan, wanita itu tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.57 petang semalam daripada petugas zon merah Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) memaklumkan wanita itu dan bayi dalam kandungannya sudah meninggal dunia, lapor Berita Harian Malaysia.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menaiki ambulans.

“Doktor sudah melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi dan disahkan bayi itu turut meninggal dunia di dalam kandungan.

“Hasil semakan yang dilakukan melalui temu bual suami mangsa juga mendapati, wanita itu tidak mempunyai sebarang rekod masalah kesihatan.

“Berikutan itu, pemeriksaan mayat (Pol 61) dikeluarkan untuk mengetahui sebab kematian,” katanya ketika dihubungi pada 10 April.

Asisten Komisioner Wan Azharuddin berkata pemeriksaan lanjut terhadap mayat si mati mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau khianat.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat hari ini.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg