Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Wanita Islam kahwin lewat: Pemimpin PAS saran poligami

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Wanita Islam kahwin lewat: Pemimpin PAS saran poligami

Nov 23, 2023 | 03:18 PM



KUALA LUMPUR: Membenarkan lelaki Islam berpoligami mungkin boleh menjadi penyelesaian bagi menangani isu wanita Islam kahwin lewat, kata pemimpin Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).


Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata isu itu sensitif dalam kalangan ramai orang.

“Apabila kita membincangkan poligami, seolah-olah kita melakukan jenayah. Kita mesti rasional.

“Jika seorang lelaki berkebolehan, layak dan adil, sokongan moral yang besar mesti diberikan kepada mereka (untuk mengamalkan poligami),” katanya, dipetik The Star.


Beliau berkata demikian semasa perbahasan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Rabu.

Datuk Tuan Ibrahim memberikan perangkaannya sendiri, bahawa terdapat lebih 8.4 juta wanita bujang di Malaysia.

“Saya tahu ini bukan penyelesaian muktamad, tetapi perkara ini boleh menjadi jalan keluar untuk menangani isu perkahwinan lewat, dan saya pasti sebahagian pihak lain (kerajaan) juga akan mempertimbangkan perkara ini,” katanya sambil menunjuk ke arah blok kerajaan, hingga ramai dalam dewan itu yang tertawa.

Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) kemudian bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim, “Adakah anda mempunyai seorang atau dua (isteri)?”

Pertanyaan itu mengundang semakin ramai anggota dalam dewan tertawa. Datuk Tuan Ibrahim menjawab bahawa beliau hanya menyokong cadangan tersebut.

“Dari segi kemampuan dan keperluan, jika berkemampuan, sila teruskan. Walaupun saya hanya mempunyai seorang (isteri), saya mempunyai tiga lagi tempat kosong.

“Saya akan tunggu, mungkin kita boleh bergerak bersama,” katanya kepada Datuk Mohd Isam.

Cik Yeo Bee Yin (PH-Puchong) mengkritik Datuk Tuan Ibrahim, kerana membuat kenyataan ‘seksis’ mengenai poligami.

“Adalah tidak sopan untuk menggalak poligami dan ia menyakitkan sentimen wanita dan golongan isteri di dalam Dewan Rakyat dan di luar,” katanya semasa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, menggulung jawapan menteri mengenai Bajet 2024.

Beliau juga menambah bahawa wanita tidak boleh dianggap sebagai mempunyai “masalah” kerana belum berkahwin.

Tambahnya, itu adalah hak dan pilihan peribadi wanita, untuk memutuskan sama ada mereka mahu berkahwin. Cik Yeo juga menggesa Datuk Tuan Ibrahim menarik balik kenyataannya.

“Jangan buli wanita hanya kerana kita lebih kecil bilangannya (dalam Dewan Rakyat),” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >