Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita Kedah ditemui meninggal atas sejadah

Apr 1, 2024 | 12:10 AM
Bomba menerima panggilan berhubung insiden wanita terperangkap dalam rumah yang berkunci pada 8.46 malam Sabtu.
Bomba menerima panggilan berhubung insiden wanita terperangkap dalam rumah yang berkunci pada 8.46 malam Sabtu. - Foto BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT ALOR SETAR

ALOR SETAR: Seorang wanita berusia 59 tahun ditemukan meninggal dunia atas sejadah dalam rumahnya di Taman Inang pada 30 Mac.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden wanita terperangkap dalam rumah yang berkunci pada 8.46 malam.

Laman Sinar Harian melaporkan Ahmad Naufal berkata sepasukan anggota BBP Alor Setar tiba di kediaman wanita terbabit tidak lama kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi, terdapat mangsa dalam rumah berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

““Susulan itu, anggota bomba bertindak memecahkan pintu menggunakan peralatan khas,” katanya pada 31 Mac.

Ahmad Naufal memaklumkan, pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Beliau berkata, mayat wanita itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Tambah Ahmad Naufal lagi, operasi tamat sepenuhnya pada 10.23 malam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg