Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 penghantar makanan didakwa bunuh pemandu kenderaan di Selangor

Feb 27, 2024 | 2:40 PM
Lima individu didakwa membunuh pemandu kereta yang terbabit nahas dalam kejadian tular di Taman Pelangi Semenyih 2, Selangor, tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Bandar Baru Bangi, Selangor, pada 27 Februari.
Lima individu didakwa membunuh pemandu kereta yang terbabit nahas dalam kejadian tular di Taman Pelangi Semenyih 2, Selangor, tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Bandar Baru Bangi, Selangor, pada 27 Februari. - Foto BHM

BANGI: Lima penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, Selangor, pada 27 Februari, atas tuduhan membunuh seorang pemandu lelaki yang diikat tangannya, sebelum ditarik keluar daripada kereta dan dibelasah dalam satu kejadian yang tular di media sosial.

Tertuduh, Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41 tahun; Azharul Azuan Mohd Azan, 34 tahun; Tengku Izham Tengku Hamid, 22 tahun; Mahazir Nordin, 43 tahun; dan Syamsul Qamar Ayob, 40 tahun, hanya mengangguk faham sejurus tuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret, Cik Nurdiyanah Mohd Nawawi.

Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Mengikut tuduhan, kelima-lima lelaki itu didakwa membunuh Allahyarham Shahril Samad, 42 tahun, di Jalan TPS 2/3, Taman Pelangi Semenyih 2, Beranang, Selangor, pada 9.54 malam, 20 Februari lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dibacakan bersama Seksyen 34 KK yang membawa kepada hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Cik Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman, manakala tertuduh diwakili peguam, Encik Mohd Hafiz.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh dan menetapkan 25 April untuk status dokumen forensik, kimia serta bedah siasat.

Selesai prosiding, seorang lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa menjerit ‘bang, kau tunggu’ ke arah semua tertuduh sebelum ditenangkan ahli keluarga lain dan diminta keluar daripada mahkamah oleh polis.

Pada 20 Februari lalu, tular di media sosial satu kejadian yang menunjukkan mangsa dipercayai diikat tangannya, sebelum ditarik keluar daripada kereta dan dipukul beramai-ramai.

Kejadian berlaku selepas lelaki berkenaan yang memandu kereta Proton Saga warna kelabu terbabit kemalangan dengan beberapa kenderaan lain.

Mangsa dikatakan dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2, sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan.

Sehubungan itu, polis menahan tujuh lelaki berusia antara 22 hingga 52 tahun di Semenyih, Kajang dan Beranang, Selangor, untuk membantu siasatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg