Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita maut tercampak keluar van di KL

May 7, 2025 | 11:31 AM
maut, kemalangan, KL
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian seorang wanita ditemui maut selepas dipercayai tercampak keluar dari sebuah van di tepi Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar, pada Selasa. - Foto BH ONLINE

KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditemui maut selepas dipercayai tercampak keluar dari sebuah van di tepi Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar menghala ke Petaling Jaya pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 2.58 petang berhubung kejadian itu, lapor Berita Harian Malaysia.

Beliau berkata pengadu memaklumkan melihat seorang wanita tercampak keluar dari sebuah van sebelum kenderaan itu didakwa terus meninggalkan lokasi dalam kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar 2.35 petang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM).

“Mangsa ialah wanita tempatan berusia 44 tahun dan beralamat di Menglembu, Ipoh, Perak,” katanya dalam satu kenyataan.

Encik Aidil berkata mayat mangsa kemudian dihantar ke HCTM UKM untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti pemandu van dan motif kejadian,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg