Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita simpan duit jual kuih, bertani 15 tahun demi tunai haji

Apr 30, 2025 | 1:09 PM
haji, Malaysia
Jemaah dari Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz pada 29 April. - Foto SINAR HARIAN

Hasrat seorang warga emas untuk menunaikan ibadah haji akhirnya tercapai selepas 15 tahun mengumpul wang hasil menjual kuih dan bertani.

Cik Supiah Hussin, 70 tahun, berkata niat untuk ke tanah suci telah disimpan bertahun-tahun sebelum menerima perkhabaran gembira mendapat tawaran daripada pihak Tabung Haji.

“Meleleh air mata sebaik sahaja sampai di sini (tanah suci). Saya simpan duit RM10 ($3) ke RM20 sehari untuk ke Makkah. Buat bendang (bertani) juga sikit-sikit.

“Rasa seronok sangat, nak datang sini (tanah suci) lama dah (tapi) tak dapat. Dapat-dapat tu berkerusi pun tak apalah, nak pergi juga,” katanya, yang merupakan antara jemaah haji kumpulan pertama tiba menaiki penerbangan dari Malaysia pada 29 April.

Beliau, yang menghidap sakit tulang belakang, ke tanah suci bersama suaminya, lapor Sinar Harian.

“Sebelum ini, tak pernah sampai lagi ke sini. Sebelum dapat tawaran, tidur tak lena asyik teringat-ingat nak ke sini.

“Alhamdulillah seronok, kawan-kawan minta sampaikan salam kepada Rasulullah,” katanya.

Seorang lagi jemaah, Cik Azizah Rasol, 69 tahun, memanjatkan kesyukuran kerana dipanggil untuk mengerjakan haji pada 2025.

Pesara guru itu berkata beliau berazam menunaikan ibadah sebagai hamba yang tawaduk dan mentaati perintah Allah.

“Saya ucapkan terima kasih kepada keluarga, pembimbing haji di tanah air dan di tanah suci serta guru yang mengajar saya Al-Quran,” katanya.

Seramai 284 jemaah haji yang menaiki penerbangan pertama (KT1) dari Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz pada 29 April.

Mereka yang terdiri daripada 112 jemaah lelaki dan 141 wanita dan 31 petugas haji itu tiba dengan pesawat Malaysia Airlines MH8050 pada 8.04 pagi waktu tempatan sebelum dibawa dengan menaiki bas ke zon penginapan mereka di Hotel Emaar Royal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg