Warga asing bukan lagi menipu, kini ada yang pukau

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga asing bukan lagi menipu, kini ada yang pukau

Mar 23, 2026 | 2:18 PM

Warga asing bukan lagi menipu, kini ada yang pukau

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Warga asing ini dikatakan menggunakan helah psikologi untuk memukau mangsa.
Warga asing ini dikatakan menggunakan helah psikologi untuk memukau mangsa. - Foto KOSMO!

PETALING JAYA: Orang ramai diingatkan supaya lebih berwaspada dengan taktik baru scammer warga asing yang didakwa menggunakan helah psikologi hingga mangsa seolah-olah dipukau.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, individu dengan gelaran fakhrishahtibi mendakwa menjadi mangsa kejadian tersebut ketika berhenti di sebuah stesen minyak berhampiran restoran makanan segera.

Menurutnya, beliau didatangi seorang lelaki warga asing bersama keluarga yang mendakwa tidak mempunyai wang tunai dan meminta bantuan membeli makanan untuk anak-anak.

“Saya rasa macam kena pukau. Bukan scam biasa. Masa tu saya jadi blur dan ikut sahaja tanpa bantah,” katanya lapor Kosmo!.

Fakhrishahtibi berkata lelaki terbabit kemudian membawa mereka ke restoran makanan segera dan membuat pesanan makanan mencecah kira-kira RM150 ($48).

“Apa yang pelik, saya memang boikot restoran itu, tapi masa kejadian saya langsung tak bantah dan terus bayar,” ujarnya.

Tambahnya, hanya selepas kira-kira 20 minit meninggalkan lokasi, beliau kembali sedar dan mula mempersoalkan tindakannya.

“Semuanya macam ‘reset’ balik. Baru saya sedar kenapa mudah sangat terpedaya,” katanya dalam satu perkongsian pada 22 Mac.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan individu tidak dikenali, terutama yang menggunakan alasan simpati.

Katanya, taktik tersebut dipercayai semakin tular dan telah dikongsi ramai pengguna media sosial.

Perkongsian tersebut juga telah dikongsi lebih daripada 2,000 kali dan telah mendapat lebih 280,000 tontonan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg