Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kes jual pistol kepada lelaki Israel: Suami isteri di M’sia didakwa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kes jual pistol kepada lelaki Israel: Suami isteri di M’sia didakwa

Apr 08, 2024 | 04:13 PM



KLANG: Seorang wanita yang disyaki membeli senjata api di Thailand untuk dijual kepada seorang lelaki warga Israel, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang, Selangor, pada 8 April, atas tuduhan memiliki sepucuk pistol jenis Luger dengan menyalahi undang-undang.


Suaminya pula didakwa atas tuduhan ada bersama wanita itu, yang menimbulkan anggapan munasabah bahawa dia mengetahui isterinya memiliki pistol berkenaan.

Pasangan terbabit, Sharifah Faraha Syed Husin, 41 tahun, dan Abdul Azim Mohd Yasin, 43 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar.

Mengikut tuduhan, Sharifah Faraha didakwa memiliki senjata api dengan menyalahi undang-undang, iaitu sepucuk pistol di Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor, Selangor, pada 8 malam, 29 Mac lalu, lapor Berita Harian Malaysia.


Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama, iaitu hukuman penjara maksimum 14 tahun jika sabit kesalahan.

Abdul Azim pula didakwa didapati ada bersama Syarifah Faraha, yang menimbulkan anggapan munasabah bahawa lelaki itu mengetahui bahawa isterinya itu memiliki senjata api yang menyalahi undang-undang, pada waktu dan lokasi sama.

Tuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 9 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, pasangan terbabit tidak ditawarkan jaminan oleh pihak pendakwa kerana kesalahan bawah akta berkenaan tidak boleh dijamin dan mahkamah menetapkan 11 Jun depan bagi tarikh sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan lelaki warga Israel, Shalom Avitan, 38 tahun, yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis, ditahan pada 27 Mac lalu di sebuah hotel mewah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, selepas dikesan memiliki enam pucuk pistol berserta 200 butir peluru yang diletakkan di dalam beg miliknya.

Hasil siasatan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Cawangan Khas (SB), mendapati Shalom yang memasuki negara ini pada 12 Mac lalu melalui penerbangan dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) menggunakan pasport kewarganegaraan Perancis, didakwa merancang mahu membunuh ketua kepada satu keluarga kumpulan penjenayah yang berseteru dengan keluarganya.

Susulan soal siasat ke atas Shalom, polis dilaporkan memberkas pasangan suami isteri terbabit di sebuah bazar Raya di Kuala Selangor pada 29 Mac lalu, yang disyaki menjual enam senjata api kepada Shalom, selain membawa kepada penemuan sepucuk lagi pistol di dalam beg sandang di dalam kereta milik pasangan terbabit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >