Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga S’pura, 5 lain cedera dalam nahas di Ipoh

Dec 27, 2025 | 6:44 PM
Jalan Teh Lean Swee, Ipoh Garden South, Malaysia
Satu kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta dan jentolak di Jalan Teh Lean Swee, berhampiran Ipoh Garden South, Malaysia, berlaku pada 27 Disember. - Foto TANGKAP LAYAR GOOGLE MAPS

IPOH: Seramai enam orang, termasuk seorang warga Singapura dan dua kanak-kanak, cedera dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta dan jentolak di Jalan Teh Lean Swee, berhampiran Ipoh Garden South, Malaysia.

Pemangku Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Encik Shazlean Mohd Hanafiah, berkata jabatan beliau menerima panggilan kecemasan pada 11.34 pagi mengenai kejadian itu pada 27 Disember.

Sebuah kenderaan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh tiba di tempat kejadian dalam masa lima minit dan mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah kereta dan sebuah jentolak, menurut agensi berita, The Star.

“Terdapat enam mangsa secara keseluruhan, terdiri daripada empat dewasa dan dua kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan pada 27 Disember.

Beliau menambah seorang mangsa wanita terperangkap antara tempat duduk depan dengan belakang kenderaan tersebut, sementara lima yang lain mengalami kecederaan ringan.

Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat menggunakan pengusung untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

“Kesemua enam mangsa kemudiannya diserahkan ke pasukan perubatan untuk rawatan lanjut,” ujarnya. –Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg