Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Yayasan OrphanCare selamatkan 550 bayi dibuang di M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Yayasan OrphanCare selamatkan 550 bayi dibuang di M’sia

Dec 19, 2023 | 03:55 PM



KUALA LUMPUR: Statistik bayi malang yang dibuang terutama di bandar besar di Malaysia semakin membimbangkan, dengan seramai 550 bayi dibuang namun dapat diselamatkan Yayasan OrphanCare sejak 2008.


Ia bersamaan dengan purata tiga hingga empat bayi yang diselamatkan yayasan berkenaan setiap bulan.

Pengerusi Yayasan OrphanCare, Tan Sri Faizah Mohd Tahir, berkata daripada jumlah itu kira-kira 70 peratus bayi berkenaan diambil untuk dijadikan sebagai anak angkat oleh keluarga yang disaring dengan teliti.

“Sebanyak 30 peratus lagi bayi dijaga oleh ibu kandung mereka sendiri selepas mendapat bimbingan daripada yayasan,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 19 Disember.


Beliau menghadiri majlis ulang tahun Yayasan OrphanCare Ke-15 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut hadir ialah Penaung Yayasan OrphanCare, Cik Puan Besar Kalsom Abdullah, dan Ahli Majlis Tertinggi Yayasan Sime Darby, Puan Sri Normah Hashim.

Malah kata Tan Sri Faizah, ketika ini terdapat kira-kira 100 keluarga yang direkodkan dalam senarai yayasan berkenaan sedang menunggu untuk mendapatkan anak angkat.

Menerusi usaha penyelamatan bayi yang dibuang, Yayasan OrphanCare mewujudkan peti pelindung bayi ‘Baby Hatch’ untuk bayi ditinggalkan dengan selamat, bagi membendung kes pembuangan bayi dan bayi terabai yang semakin membimbangkan.

Keselamatan bayi yang diletakkan di dalam ‘Baby Hatch’ dijamin kerana sebaik bayi dimasukkan ke dalam peti, satu isyarat akan diterima petugas dan alat hawa dingin peti akan dibuka secara automatik sebelum pintunya terkunci.

‘Baby Hatch’ menjadi transit kepada bayi yang ditinggalkan sebelum diambil sebagai anak angkat, sekali gus memberi mereka peluang membesar dalam institusi kekeluargaan yang sempurna.

Yayasan OrphanCare juga menafikan ‘Baby Hatch’ akan menggalakkan lebih banyak bayi dibuang.

Sebaliknya ia bagi mengelakkan bayi ditinggalkan tanpa perikemanusiaan, disembunyikan kelahiran atau dibuang merata-rata sehingga terbunuh akibat kejahilan orang dewasa.

Kata Tan Sri Faizah, yayasan itu yang bermula dengan empat kakitangan, kini sudah mempunyai seramai 18 kakitangan di tiga cawangan iaitu di Petaling Jaya, Selangor, Johor Bahru dan Sungai Petani, Kedah.

“Perjalanan selama 15 tahun yayasan ini bukan suatu yang mudah, terutama apabila membabitkan pembiayaan supaya usaha yang dilakukan ini berterusan.

“Namun, dengan matlamat utama membantu anak-anak kurang bernasib baik ini dijaga keluarga angkat yang benar-benar inginkan cahaya mata, saya yakin usaha ini akan berterusan sama seperti misi kami, memberikan harapan kepada anak-anak melalui keluarga penyayang,” katanya.

Sementara itu Puan Sri Normah berharap lebih ramai pihak akan melihat usaha yang dilakukan mereka sekali gus turut sama membantu terutama dari segi pembiayaan.

“Oleh kerana statistik bayi malang yang dibuang terus berada dalam keadaan membimbangkan, Yayasan Sime Darby amat berharap lebih ramai individu, syarikat dan pertubuhan bekerjasama dengan kami untuk menyokong usaha yang dilakukan Yayasan OrphanCare ketika ini.

“Saya berharap usaha ini akan dijalankan berterusan supaya dapat memberi kesan positif kepada masyarakat terutama dalam kehidupan mereka yang memerlukan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >