Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Zahid alu-alu sokongan seorang lagi AP pembangkang kepada Anwar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Zahid alu-alu sokongan seorang lagi AP pembangkang kepada Anwar

Jan 25, 2024 | 03:33 PM



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengalu-alukan sokongan Ahli Parlimen (AP) Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi, kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Malah, Presiden Umno itu berkata lebih ramai yang menyokong kepimpinan Kerajaan Perpaduan hari ini adalah lebih baik.

“Saya fikir lebih ramai, lebih baik. Semakin banyak mendukung perdana menteri semakin kuat Kerajaan Madani sedia ada dan kini kerajaan Madani ada 153 sokongan ahli parlimen.

“Dengan jumlah yang ada sekarang ia sudah melebihi dua pertiga (anggota Dewan Rakyat).

“153 ahli parlimen adalah jumlah cukup baik,” katanya dalam sidang media selepas lawatan kerja ke Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di Kajang, Selangor, pada 24 Januari, lapor Malaysiakini.


Datuk Ahmad Zahid berkata demikian sebagai mengulas tindakan Datuk Zulkafperi isytihar sokongan kepada perdana menteri pada 24 Januari.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan Datuk Zulkafperi itu juga hak AP secara individu.

Datuk Zulkafperi menjadi wakil rakyat pembangkang terbaharu yang mengisytiharkan sokongan kepada Datuk Anwar.

Beliau menjelaskan keputusannya itu bertujuan memastikan nasib dan pembangunan penduduk di Parlimen yang diwakilinya terus terbela.

Namun beliau menegaskan masih setia kepada partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dari 30 Oktober 2023 sehingga kini, seorang demi seorang AP Bersatu mengisytiharkan sokongan terhadap Datuk Anwar.

Ia bermula dengan AP Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman; diikuti AP Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; AP Gua Musang, Encik Mohd Azizi Abu Naim; AP Jeli, Encik Zahari Kechik; dan AP Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz.

Memberi responsnya pada 25 Januari, Parti Islam Semalaysia (PAS) Selangor berkata pihaknya kini nekad untuk merampas kerusi Parlimen Tanjung Karang serta dua kerusi dewan undangan negeri (DUN) di bawahnya.

Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Encik Mohd Zamri Mohd Zainuldin, berkata keputusan Datuk Zulkafperi memberi sokongan kepada Datuk Anwar memang kejutan yang amat mengecewakan.

Hal itu kerana, katanya, PAS Selangor khususnya Tanjung Karang merupakan rakan kerjasama politik kepada AP terbabit – yang merupakan ahli Bersatu.

“Kami taat kepada keputusan parti yang menentukan beliau (Zulkafperi) untuk dinamakan bertanding di Parlimen Tanjung Karang tempoh hari.

“Bagaimanapun apabila pendirian ini dibuat, kami tidak akan lagi terikat untuk terus bersamanya.

“Bagi kami kemenangan di Parlimen dan kedua DUN di bawahnya akan kami cuba kekalkan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >