Air curah dari siling stesen MRT Raffles Place

Sep 17, 2025 | 3:41 PM
Kebocoran siling di platform Laluan Utara-Selatan (NSL) Stesen MRT Raffles Place pada 17 September 2025.
Kebocoran siling di platform Laluan Utara-Selatan (NSL) Stesen MRT Raffles Place pada 17 September 2025. - Foto REDDIT/THEDOORDOESNTWORK

Beberapa penumpang kereta api di Stesen MRT Raffles Place pada pagi 17 September dikejutkan dengan kejadian air menitis dari beberapa panel siling.

Dalam video dan hantaran di media sosial Reddit dan TikTok, para penumpang menyaksikan kejadian itu yang berlaku sekitar 9 pagi. 

Satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, Joyce Choy, menunjukkan helaian surat khabar diletakkan di atas lantai basah yang meliputi seluruh platform dari pintu ke pintu.

Kawasan terjejas telah ditutup dengan pita keselamatan, sementara bekas diletakkan di bawah titik kebocoran bagi menadah air.

View post on TikTok

Seorang pengguna Reddit, bonkers05, yang terjejas akibat gangguan khidmat MRT di Laluan Thomson-East Coast (TEL) dan terpaksa ke Raffles Place untuk menaiki kereta api di Laluan Timur-Barat (EWL) berkata beliau melihat “air mencurah dari siling”.

Mereka yang berada di tempat kejadian menyatakan cecair itu tidak berbau. Ada juga yang memaklumkan bahawa kakitangan SMRT, pengendali stesen MRT Raffles Place, telah mengarahkan penumpang menjauhi kawasan berkenaan dan keluar dari aras platform.

Kejadian itu berlaku susulan beberapa gangguan kereta api pada September, termasuk kelewatan selama dua jam di TEL pada 17 September, serta gangguan khidmat MRT di EWL antara stesen MRT Aljunied dan Tanah Merah pada 16 September.

Berita Harian telah menghubungi SMRT untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg