Bila penjual nasi lemak ‘speaking’ dengan pelancong

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bila penjual nasi lemak ‘speaking’ dengan pelancong

Jan 22, 2026 | 4:51 PM

Bila penjual nasi lemak ‘speaking’ dengan pelancong

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Peniaga nasi lemak yang membuat ramai bangga kerana pertuturannya berbahasa Inggeris dengan lancar dan perkhidmatan yang baik terhadap pelancong.
Peniaga nasi lemak yang membuat ramai bangga kerana pertuturannya berbahasa Inggeris dengan lancar dan perkhidmatan yang baik terhadap pelancong. - Foto TANGKAP LAYAR NASILEMAKLEMANJAH @TIKTOK

KUALA LUMPUR – Satu video yang memaparkan seorang penjual nasi lemak di Kampong Bahru, Kuala Lumpur menjadi tular di TikTok, meraih hampir satu juta tontonan, susulan keupayaan beliau bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih ketika menyambut pelancong dari Canada.

Video berkenaan mencuri perhatian netizen yang bukan sahaja terhibur, malah berasa bangga melihat kebolehannya menerangkan tentang nasi lemak kepada pelancong asing.

Dalam rakaman itu, beliau bertanya dalam bahasa Inggeris sama ada kunjungan tersebut merupakan pengalaman pertama rombongan berkenaan mencuba nasi lemak.

“Selamat pagi, selamat datang ke Kuala Lumpur, selamat datang ke Nasi Lemak Lemanjah!

“Terima kasih kerana memilih Lemanjah untuk pengalaman nasi lemak pertama anda,” katanya dalam bahasa Inggeris sambil merakam interaksi tersebut menerusi TikTok Live pada 18 Januari.

Beliau turut menerangkan kepada para pelancong bahawa nasi lemak dimasak menggunakan santan, dihidangkan bersama ikan bilis yang sedikit masin, serta memberi makluman awal kepada pelanggan bahawa hidangan tersebut mengandungi kacang tanah – bagi mengelakkan sebarang risiko alahan.

Sehingga kini, lebih 1,120 komen ditinggalkan di TikTok, dengan majoriti netizen memuji kelancaran pertuturannya berbahasa Inggeris serta layanan mesranya terhadap pelanggan.

View post on TikTok

Seorang guru bahasa Inggeris dengan nama pengguna @HeyItsNin antara yang meninggalkan komen berbunyi, “Mantaplah bang. Saya sebagai cikgu bahasa Inggeris rasa bangga dan senang hati.”

Seorang lagi pengguna TikTok @EyeTeachTok menambah “Appreciate sangat peniaga-peniaga yang welcoming macam ni kepada orang luar, siap bagi perkhidmatan lebih untuk terangkan lagi.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg